Penduduk Alam Damai Akan Mendapat Masjid Baru

Pada 24 September2007 yang lalu, Timbalan Ketua Pengarah (P) JAKIM yang diiringi oleh Jurutera dari JKR Wilayah, Pegawai dari JAWI, Kontraktor dan Pegawai JAKIM telah membuat lawatan tapak projek bagi projek Masjid Alam Damai Cheras.

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Dalam lawatan tersebut TKP(P) telah diberi taklimat oleh Jurutera Projek En Wan Roslan dari JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Projek ini telah bermula pada 17 Mei 2007 dan akan siap sepenuhnya pada 15 April 2009. Kontraktor yang melaksanakan projek ini adalah Ruhani Baba Enterprise Sdn. Bhd. Dengan kos projek bernilai 10.9 juta.

Sehingga ke tarikh lawatan ini projek berjalan lancar dimana kemajuan sebenar projek adalah 8% berbanding jadual 8%.

Projek ini merangkumi pembinaan Masjid bagi menampung 3,000 jemaah , Kuarters 3 tingkat, sekolah 3 tingkat dan lain-lain keperluan seperti Menara, rumah sampah dan jalan masuk.

Dalam lawatan tersebut beliau juga telah dibawa untuk meninjau ke tapak projek, di mana kerja-kerja piling baru saja disiapkan, kontraktor sedang membuat persiapan untuk kerja-kerja ujian beban.

Diakhir lawatan beliau sempat melahirkan rasa berpuas hati dengan kemajuan projek dan berharap projek ini dapat berjalan dengan lancar dan siap dalam tempoh yang ditetapkan.