Penggambaran Iklan ‘SAH NIKAH, SAH NASAB’
3, 2, 1, Action!
Jakim melalui Bahagian KSK dan Bahagian Media telah mengambil langkah menerbitkan iklan sebagai medium dakwah. Iklan ini akan disiarkan di stesen-stesen televisyen dan radio.
Bertarikh 3 September 2012 bertempat di Wetland Banting, Selangor Jakim mendapat kerjasama daripada 3 orang pelakon iaitu En. Ebby Yus, Puan Aida Rahim dan En. Elias Shah bagi menjayakan penggambaran ini. Pemilihan pelakon berdasarkan personaliti dan pengaruh mereka bagi memberi impak positif kepada masyarakat islam di Malaysia.
Penerbitan iklan ini bertujuan menyebarluaskan maklumat pentingnya pernikahan mengikut Hukum Syarak dan mematuhi Undang-Undang Keluarga Islam. Intipati iklan ini juga menekankan supaya masyarakat Islam menitikberatkan pengurusan nikah mengikut prosedur yang diurus sepenuhnya oleh jabatan agama islam negeri-negeri. Di samping itu, diterapkan juga hubungan dan kasih sayang antara ibu bapa dan anak.


Para pelakon menghayati watak yang diberikan.

Ebby Yus berbincang isi kandungan skrip dengan ustazah Sabariah bt Salleh, KPP Bah. KSK, Jakim.

Lokasi penggambaran Model Rumah Melayu Besut, Terengganu.

- Hits : 2148







