Kurator Berita : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) telah membuka lembaran 2018 dengan  menganjurkan program santai bersama masyarakat sekitar Putrajaya  pada 6 Januari 2018 yang lalu bertempat di Food Truck. Program yang dihadiri oleh lebih 1,000 orang pengunjung dan turut dimeriahkan dengan Kumpulan Buskers Zul Handy Black.

Sesi perkongsian ilmu dimulakan selepas waktu isyak yang disampaikan oleh Imam Besar MTMZA dengan kaedah penyampaian yang santai sambil para pengunjung datang membeli makanan dan menjamu selera bersama keluarga. Malam minggu dimanfaatkan bersama bukan hanya bersuka-ria, malah para pengunjung dan peniaga-peniaga turut mendapat ilmu. Program turun padang bersama masyarakat seumpama ini lebih terkesan di hati dan disukai oleh masyarakat.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua yang hadir menjayakan program ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan program usrah santai. Harapan, kehadiran pengunjung  lebih ramai pada masa akan datang, seterusnya akan mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain. Semoga islam akan lebih utuh di hati kita.

IMG 1721

 

DSC 0009

 

  DSC0086

 

  IMG 1722

 

 DSC0033