Kurator Berita : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

 

3 Julai 2019 (Sabtu) - Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menganjurkan Pengajian Berkitab dan Ceramah Perdana bersama Ustaz Adi Hidayat yang diterbangkan dari Indonesia.Kedua-dua program ini telah berlangsung di Dewan Solat Utama , Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Kira-kira 5000 orang jemaah telah datang membanjiri program Pengajian Berkitab dan Ceramah Perdana bersama Ustaz Adi Hidayat ini termasuklah dari Johor , Melaka , Pahang dan Negeri Sembilan.

Pengajian berkitab telah bermula seawal jam 9 pagi - 12.30 tengahari dengan slot Kaedah Menghafal Al Quran selama 30 hari menggunakan Kaedah Al Taisir. Pelajar Ulul Albab SMKA Putrajaya telah menghantar para pelajar mereka untuk mempelajari sistem menghafal Al Quran kaedah Al Taisir daripada Ustaz Adi Hidayat

Ceramah Perdana bertajuk “Formula Rahmah Penyatuan Ummah“ pula telah berlangsung usai Solat Maghrib sehingga jam 9.30 malam. Sepanjang Ceramah Perdana tersebut berlangsung , khidmat juru bahasa isyarat turut digunakan untuk memberikan kefahaman kepada Golongan Kelainan Upaya (OKU) yang hadir dalam program ini.

Upacara perasmian Pengajian Berkitab dan Ceramah Perdana ini telah disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin , Tuan Hj Nor Azamir Bin Hj Alias. Ceramah Perdana ini telah berakhir jam 9.45 malam.

67145344 2814468615233962 7037465624309661696 o

2

4

1

3