WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

 
PEMAKLUMAN PERSEDIAAN PENGISIAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29 KE GRED S32
 

Dengan segala hormatnya perkara perkara tersebut di atas adalah dirujuk. 

 

 2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JAKIM akan melaksanakan urusan pemangkuan bagi jawatan di atas. Pegawai yang berada di jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 layak dipertimbangkan pemangkuan ke Gred S32 apabila memenuhi syarat-syarat berikut :

     2.1 Disahkan dalam perkhidmatan;
     2.2 Dilantik sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 sebelum atau pada
           31 Disember 2009;
     2.3 Markah wajaran LNPT bagi tiga (3) tahun terkini (2016, 2017 dan 2018)
           tidak kurang 80%
     2.4 Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
     2.5 Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa
     2.6 Bebas daripada tindakan atau hukuman tatatertib
     2.7 Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi
           pinjaman pendidikan
     2.8 Hilang kekananan yang boleh menyebabkan tarikh lantikan tetap sebagai Penolong
           Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 berubah ke tarikh 1 Januari 2010 dan seterusnya
           disebabkan faktor-faktor berikut:-
                i. Pelanjutan tempoh percubaan dengan denda
               ii. Cuti separuh gaji
              iii. Cuti tanpa gaji
              iv. Tidak hadir bertugas
     2.9 Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

 

3.    Semua permohonan hendaklah dilengkapkan dengan menggunakan borang seperti berikut :

         i. Lampiran A – Borang Pertimbangan Pemangkuan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
        ii. Lampiran B – Borang Perakuan Ketua Jabatan
       iii. Lampiran C – Surat Akuan Pinjaman Pendidikan
       iv. Salinan LNPT 2016, 2017 dan 2018
        v. Salinan Keputusan Tapisan SPRM
       vi. Salinan Buku Perkhidmatan
      vii. Salinan Isytihar Harta

 

4.    Hanya calon yang bersedia untuk penempatan semula mengikut kekosongan di seluruh negara terutama di bawah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sahaja digalakkan memohon untuk urusan pemangkuan ini.

5.     Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Tan Sri /Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dimohon untuk mengemukakan dokumen yang lengkap bagi setiap pegawai yang layak dari Kementerian/Jabatan/Agensi di bawah seliaan YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan ke Bahagian ini sebelum atau pada 21 Jun 2019 (Jumaat) di alamat :

            Pengarah

            Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

                Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

            Aras 6, Blok B 

            Kompleks Islam Putrajaya 

            No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman

            ​Presint 3, 62100 Putrajaya

            (Unit Prestasi dan Kenaikan Pangkat)

 
 
 
1. adobe reader  LAMPIRAN SURAT
2. adobe reader  LAMPIRAN A (Maklumat Perkhidmatan Pegawai) HEI (Kenaikan Pangkat)
3. adobe reader  Lampiran B (Perakuan Ketua Jabatan)
4. adobe reader  Lampiran C (Pinjaman Pendidikan)
5. adobe reader  Lampiran Borang Tapisan SPRM



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 14 Jun 2019.
Jumlah Pelawat :12307640