WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA
IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

 
 
 
Jakim logo white small

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

JAKIM mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

 
 

PEMANDU KENDERAAN GRED H11 (CONTRACT OF SERVICE

 
Taraf jawatan : Kontrak (Contract of Service)
Bayaran Gaji  : RM1,264.15 Minima
Penempatan   : Sabah 1 kekosongan (Kudat), Sarawak 1 kekosongan (Kuching)
 
 
 

DESKRIPSI TUGAS

 DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.

 
 

SYARAT PERMOHONAN

 
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Berkelulusan:
    Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    oleh Kerajaan;
     i.  Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
           [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
     ii.   Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh
         skim perkhidmatan ini.
 
         Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
 
Lesen D RM 1,264.15
Lesen E/E1/E2 RM 1,310.30
Lesen F/H RM 1,356.45
Lesen G/I RM 1,402.60
 
 
    iii. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
         Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
 
 
 
 
 
 

CARA MEMOHON

1. Sila kemukakan resume serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut:
   
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
    Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
    No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
    Presint 3, 62100 PUTRAJAYA
 
2. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat.
 
3. Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan masih aktif.
 
 
 

PERHATIAN

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

Tarikh Tutup Permohonan: 21 November 2019 (Khamis)

 

 
 
adobe reader  IKLAN PEMANDU KENDERAAN H11_KUDAT KUCHING
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 12 November 2019.
Jumlah Pelawat :12353641