Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.
 
ILIM merupakan sebuah institusi yang menyediakan perkhidmatan latihan dalam pengurusan hal ehwal Islam kepada pegawai hal ehwal Islam khususnya dan kakitangan kerajaan umumnya bagi melahirkan penjawat awam yang bertaqwa, kompeten dan cekal menghadapi cabaran.
 
Diharapkan segala kemudahan yang disediakan di ILIM dapat memenuhi keperluan peserta sepanjang berkursus di ILIM.
 
Saya menaruh harapan yang tinggi melalui laman web ini aktiviti-aktiviti ILIM dapat disebarkan kepada pelanggan kami dengan lebih meluas sekaligus membantu menjalinkan rangkaian profesional dalam negara mahupun di peringkat global.
 
Semoga kita bertemu di ILIM.
 
 
Pengarah
Institut Latihan Islam Malaysia