Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Mesyuarat Pakar Panel Syariah (PPS) kali ke-104 (Sidang video Platform Skype for Business) berlangsung dengan jayanya pada 10 Rabiulakhir 1442H bersamaan dengan 26 November 2020 di Bilik Mesyuarat Utama Aras 8, Blok A Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh S.S Dato’ Hj. Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan dan dihadiri 10 orang ahli panel pakar terdiri daripada mufti dan ahli akademik yang dilantik mengikut kepakaran bidang masing-masing.

Fungsi PPS adalah untuk meneliti hasil kajian dan memberi pandangan hukum atau maklumbalas bagi isu-isu berkaitan syariah. PPS juga berfungsi sebagai badan yang akan memberi pandangan pakar secara kolektif kepada Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Islam(MKI) bagi sesuatu isu berkaitan hukum hakam bersifat nasional yang dirujuk kepada pihak JAKIM selaku urus setia kepada MKI.

Terdapat enam kertas kajian dan satu garis panduan di bincangkan dalam mesyuarat kali ini. Pembentangan kertas penyelidikan mendapat kerjasama yang amat baik daripada pasukan penyelidikan Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah, Bahagian Kawal Selia Halal dan wakil Permodalan Nasional Berhad
 
Mesyuarat Pakar Panel Syariah Kali Ke 104 1
 
Mesyuarat Pakar Panel Syariah Kali Ke 104 3
 
Mesyuarat Pakar Panel Syariah Kali Ke 104 2