Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:46 Syuruk : 7:04 Zohor : 13:14 Asar : 16:30 Maghrib : 19:20 Isyak : 20:31

 

logo jakim JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

JAKIM mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

PEMBANTU SISTEM PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA (SPPIM) GRED 29 (CONTRACT FOR SERVICE)

 

Taraf jawatan                          : Kontrak (Contract for Service)

Bayaran Perkhidmatan           : RM1,549.00

Tempoh Pelantikan                 : Satu (1) tahun

Penempatan                           : Putrajaya (7 kekosongan)

 

DESKRIPSI TUGAS

  1. Meja bantuan SPPIM

  2. Membantu peluasan projek SPPIM

  3. Menguruskan kemasukan data SPPIM

SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia;

  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

  3. Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer/ sains komputer/ teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan dari institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

  4. Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer/ teknologi maklumat/ pemprosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan dari politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

  5. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

  6. Mahir menaip dan mengendalikan komputer; dan

  7. Berkemahiran membaca Jawi.

CARA MEMOHON

Sila kemukakan resume serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut: 

 

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya

No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman

Presint 3, 62100 PUTRAJAYA

PERHATIAN

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temuduga

Tarikh Tutup Permohonan: 28 April 2017 (Jumaat)




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 26 April 2017.
Jumlah Pelawat :10729461