Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

 

Guru ialah agen pendidikan dan pembentukan ummah. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi.  Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya ejen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. 

 

Justeru, sebagai sebahagian daripada usaha membantu para guru SAR dan SAN di Sabah meningkatkan ilmu dan kemahiran pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi Bahagian Kemajuan Islam dengan kerjasama  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)  telah mengadakan Bengkel Pemantapan Bahasa Arab Guru SAR dan SAN pada 1 hingga 4 November 2016 di Bilik Madani Wisma MUIS Kota Kinabalu Sabah. 

 

              Program yang diadakan ini lebih memberi penekanan tentang kaedah dan teknik pedagogi dalam pendidikan Bahasa Arab. Ia dikendalikan sepenuhnya oleh 4  orang pesnyarah yang berpengalaman luas dalam bidang Bahasa Arab daripada Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Dr. Nurul Hudaa binti Hassan, Dr. Normazidah binti Mahmood, Puan Fatihah binti Safie dan Tuan Mohd Syahir bin Ismail. Sepanjang program ini, para guru berperanan dan bergerak aktif dalam setiap slot latihan dalam kumpulan (LDK) yang dilaksanakan. 

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azizan bin Muhammad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam Jakim. Turut hadir Tuan Mohd Auzani bin Daud, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAINS. Dalam ucapannya, Tuan Haji Azizan menyatakan bahawa keadaan dunia pendidikan yang semakin mencabar ini, guru perlu menguasai subjek yang diajarnya. Selain itu, guru juga perlu menunjukkan interaksi dua hala dan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah untuk menambah keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

 

 

Sebagai ejen keberkesanan pendidikan, guru SAR dan SAN tidak terkecuali berperanan mendidik murid-murid supaya menjadi generasi berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersemangat patriotisme dan bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat, agama dan Negara selaras dengan apa yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, beliau berharap agar kerjasama dan bantuan seumpama ini dengan JHEAINS dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang termasuk dari aspek latihan guru dan pengurusan sekolah.

 

sr11

 

sr1

 

 sr6

 

sr4

 

sr7

 

 sr3

 

sr8

 

sr10