Penyelarasan Maklumat Nikah, Cerai Dan Rujuk Jabatan Agama Islam Negeri

Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (KESUMA), JAKIM telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan SIMPI Bersama Jabatan Agama Islam Negeri Dan Bengkel Penyediaan Format Laporan Data Maklumat Nikah, Cerai Dan Rujuk (NCR) Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) pada 20 – 22 Januari 2008 bersamaan 11 – 13 Muharram 1429H di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi.

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Pada mesyuarat tersebut, Pihak Enchoral iaitu syarikat yang mengendali sistem SIMPI iaitu Encik Rais telah membentangkan Laporan Terkini Kemajuan Projek Mengemaskini Data Nikah Cerai Dan Rujuk di dalam SIMPI. Laporan tersebut merangkumi latarbelakang projek, pencapaian semasa, kerja-kerja telah siap, kesimpulan data terkumpul, isu dan pemasalahan, kerja-kerja akan datang dan cadangan bagi membaikpulihkan projek tersebut.

Pada sebelah petang pada 21 Januari 2008, Bengkel Penyediaan Format Laporan Data Maklumat Nikah, Cerai Dan Rujuk (NCR) JAIN telah diadakan. Cadangan format telah disediakan dan beberapa cadangan dan penambahbaikan telah dibincangkan bersama. Format-format yang telah dipersetujui bersama adalah seperti berikut:-

i. Maklumat Perkahwinan Mengikut Umur Dan Jantina

ii. Maklumat Pendaftaran Perkahwinan Warga Negara Asing Di <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Malaysia

iii. Maklumat Perkahwinan Warga Negara Dengan Warga Negara Asing

iv. Maklumat Perceraian Keluarga Mengikut Tempoh Dan Punca Perkahwinan

v. Maklumat Perceraian Mengikut Tempoh Perkahwinan, Jenis Dan Cara Bercerai

vi. Maklumat Perceraian Mengikut Umur Dan Jantina

vii. Maklumat Rujuk Mengikut Tempoh Perkahwinan

vii. Maklumat Rundingcara Keluarga Mengikut Tempoh Dan Punca Perkahwinan

ix. Maklumat Rundingcara Mengikut Umur Dan Jantina

x. Maklumat Penceramah Kursus Praperkahwinan

xi. Maklumat Pusat Kursus Praperkahwinan

xii. Statistik Bilangan Peserta Yang Menghadiri Kursus Praperkahwinan Mbkpi

xiii. Maklumat Ujian Saringan Hiv Mengikut Tahun

xiv. Maklumat Program / Aktiviti Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI)

Program ini telah berjaya mencapai objektif – objektifnya iaitu menyelaras dan mengemaskini data / maklumat nikah, cerai dan rujuk Jabatan Agama Islam Negeri, menyelaras format laporan maklumat nikah, cerai dan rujuk dan mengenalpasti isu dan masalah berkaitan SIMPI.