Peperiksaan Akhir Diploma Tahfiz Al Quran Berjalan Lancar

Darul Quran sebagai Institusi Pendidikan Tinggi Tahfiz al Quran yang tertua di <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Malaysia diamanahkan oleh Lembaga Darul Quran bagi mengendalikan semua peringkat peperiksaan di Darul Quran dan Maahad Tahfiz al Quran Negeri.

 

Pada sesi ini seramai 271 orang pelajar tahun akhir dari Darul Quran dan Maahad Tahfiz al Quran Negeri mengambil peperiksaan akhir. Ia dimulakan dengan peperiksaan Syafawi (lisan) dan hafazan al Quran selama lima hari dari 13 hingga 17 Febuari 2006.

 

Manakala peperiksaan tahriri (bertulis) dimulakan dari 20 hingga 24 Febuari 2006. Para pelajar juga dikehendaki menyerahkan kertas projek masing-masing bermula 27 Febuari 2006 hingga 3 March 2006.

 

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />Suasa di dalam Dewan Muktamar tempat berlangsungnya Peperiksaan Akhir Diploma Tahfiz Al-Quran sesi 2006

 

Disamping peperiksaan akhir Diploma, peperiksaan semester juga akan berjalan selepas dari peperiksaan Diploma berakhir. Peperiksaan syafawi akan bermula pada 20 hingga 24 Febuari 2006. Manakala peperiksaan tahriri akan bermula pada 27 hingga 7 March 2006.

 

Seramai 287 orang pelajar semester 2 dan 4 akan mengambil peperiksaan di Darul Quran. Manakala 265 orang pelajar MTQN seluruh Malaysia akan mengikuti peperiksaan semester 2 dan 4 di Maahad masing-masing.

 

Oleh itu, para pensyarah pengajian al Quran, Darul Quran akan bergerak ke semua Maahad Tahfiz Negeri untuk mengendalikan Imtihan Syafawi al Quran.

 

Peperiksaan Diploma Tahfiz Al-Quran 2006Peperiksaan Diploma Tahfiz Al-Quran 2006

 

Ustaz Ehsan Mohd Hosni, Penolong Pengarah Peperiksaan Darul Quran, memaklumkan bahawa peperiksaan berjalan lancar dan beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua unit di Darul Quran dan MTQN kerana memberi kerjasama yang amat baik untuk menjayakan peperiksaaan pada kali ini.