Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia 2012
Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia 2012
PRAKATA
Sijil Tahfiz Malaysia merupakan sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM untuk mengiktiraf penghafaz al-Quran di Malaysia.
KAEDAH PENILAIAN
Calon akan dinilai berdasarkan ujian lisan (syafawi) dan bertulis (tahriri) merangkumi aspek hafazan dan Pengetahuan Agama Islam.
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN
i - Warganegara Malaysia.
ii - Telah menghafaz 30 Juzu' al-Quran.
iii - Mengemukakan sijil hafazan/surat pengesahan hafazan/rekod hafazan.
YURAN PENDAFTARAN
Yuran Pendaftaran yang dikenakan ialah RM50.00 sahaja.
CARA PERMOHONAN
a) Permohonan secara atas talian (online) boleh diisi melalui laman sesawang:
Darul Quran atau JAKIM dan dicetak pada atau sebelum 30 September 2012.
b) Borang yang dicetak perlu dibawa ketika peperiksaan berserta:
- Satu salinan kad pengenalan yang disahkan.
- Satu salinan sijil hafazan/surat pengesahan hafazan/rekod hafazan yang telah disahkan.
- Wang pos/kiriman wang/Bank Draf sebanyak RM50.00 atas nama Pengarah Darul Quran.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan 30 September 2012.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Telefon : 03-60635323
03-60635374
03-60635350
Faks : 03-60645497
MAKLUMAN
- Calon-calon yang layak akan dimaklumkan melalui laman sesawang Darul Quran JAKIM mulai 15 Oktober 2012.
- Tarikh peperiksaan: 22 - 24 Oktober 2012.
* Muat turun iklan Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia di sini.
* Untuk permohonan secara atas talian (online) sila klik di sini.
- Hits : 2902







