Persiapan Ke Arah Ramadhan Yang Bakal Tiba

 
Pada 19 Julai yang lepas, Jakim Sabah dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah telah berjaya menganjurkan Forum Ambang Ramadhan 1433H/2012M bertempat di Auditorium, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Forum ini telah berjaya menarik minat seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan persekutuan, agensi agama dan NGO Islam Sabah.
 
Objektif program ini adalah untuk memberi imput dan nilai tambah kepada masyarakat berkaitan Ramadhan yang bakal tiba dan mengukuhkan penghayatan dan pengalaman masyarakat terhadap ajaran Islam serta memperkaya minda melalui perkongsian ilmu disamping membudayakan majlis ilmu dikalangan masyarakat.
 
3 orang penceramah undangan telah dijemput bagi membincangkan forum kali ini iaitu Y.Bhg. Tuan Haji Muhammad Fitri bin Abdullah, Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM, Ustaz Mohd Fadhli bin Ahmat, Penolong Pengarah Jakim Cawangan Sabah dan Puan Nadirah binti Jominif @ Abdullah, Jururawat Masyarakat, Hospital Tenom manakala moderatornya ialah Ustaz Mohd Shamsuri bin Ghazali, Penolong Pengarah Jakim Cawangan Sabah.
 
Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Encik Ruji bin Ubi, Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah mewakili Setiausaha Persekutuan Sabah. Turut Hadir ialah Tuan Haji Ahmad Zaki bin Haji Arsad, Pengarah Jakim Sabah, Ketua-Ketua Jabatan serta Pimpinan NGO Islam Sabah.
 
Program ini turut diserikan dengan alunan Asma Ulhusna dan selawat Shifa beramai-ramai dan Kuiz Wacana Minda. Sumbangan kurma juga turut diagihkan kepada semua peserta yang hadir.
 
 
Para peserta sedang mengalunkan zikir asmaul husna sebelum forum bermula
 
 
Urus setia sedang mengedarkan kurma percuma kepada para peserta
 
 
Sesi forum sedang berlangsung
 
 
 
 
 
 
Tarikh: 
Jul 31, 2012
Groups: