Persidangan Pendaftar Nikah, Cerai Dan Rujuk Kali Ke- 17

Pada 26-28 Oktober 2007, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (KESUMA) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) telah mengurusetiakan Persidangan Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Kali Ke- 17 bertempat di Hotel Selesa, Johor Bahru.

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Persidangan selama 3 hari 2 malam ini telah dirasmi dan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Wan Muhammad Bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM.

Peserta persidangan adalah terdiri daripada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk daripada negeri-negeri seluruh <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Malaysia dan juga daripada KAGAT serta JKSM.

Objektif persidangan kali ini adalah untuk menyelaras pengurusan nikah, cerai dan rujuk di kalangan masyarakat Islam dan juga untuk membincangkan isu-isu terkini yang timbul berhubung dengan pelaksanaan dan pengurusan perkahwinan yang sedang dijalankan di negeri-negeri.

Sebanyak 9 kertas kerja telah dibentangkan dan ini termasuklah beberapa kertas cadangan, kertas laporan dan juga kertas makluman yang merangkumi isu berkenaan PPKI & PPS, kemasukan data SIMPI, analisis statistik perceraian dan juga semakan buku berkaitan prosedur dan pentadbiran nikah.