Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul s.a.w.: Para Pemenang diberi penghargaan
Sepuluh pemenang pertandingan sepanduk sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul saw Peringkat Kebangsaan Tahun 1431H/2010M telah diberi penghargaan oleh Jakim dalam Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Sepanduk pada 26 Mac 2010 bertempat di Dewan Syura, Aras 9 Jakim.
Majlis ini disempurnakan oleh Y.Bhg. Haji Mohd Yusop bin Hasan, Pengarah Bahagian Perhubungan mewakili Y.Bhg. Dato' Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jakim yang tidak dapat hadir pada majlis tersebut.
Semua pemenang menerima plak dan sijil penghargaan yang direka khas untuk menghargai kreativiti dan kerjasama agensi yang memenangi pertandingan tersebut.
Dalam ucapan alu-aluan, Y.Bhg. Haji Mohd Yusop bin Hasan telah merakamkan ucapan tahniah di atas komitmen semua kontinjen yang menunjukkan penglibatan cemerlang dalam menjayakan perarakan Maulidur Rasul saw pada 26 Februari 2010 dari Masjid Sultan Mizan ke Masjid Putra, Putrajaya. Semoga sokongan ini akan berterusan untuk masa hadapan.
Senarai pemenang adalah seperti berikut:
Kategori Kontinjen Kerajaan
Johan: AADK
Naib Johan: PDRM
Kategori Kontinjen Badan Berkanun
Johan: Agensi Kelayakan Malaysia
Naib Johan: Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Kategori Kontinjen Swasta
Johan: Bank Islam
Naib Johan: KL Starrail Sdn Bhd
Kategori Kontinjen NGO
Johan: Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur
Naib Johan: Persatuan Pengasih Malaysia
Kategori Kontinjen Sekolah & IPT
Johan: Sek.Ren. Islam KAFA
Naib Johan: SMK Pandan Jaya

Hadiah plak dan sijil penghargaan.

Pemenang sepanduk yang hadir pada majlis ini.

Wakil AADK menerima hadiah

Wakil Persatuan Orang Pekak KL.

Pengetua SMK Pandan jaya menerima hadiah.
- Hits : 4869







