Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai agensi pusat yang unggul dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam pengurusan Hal Ehwal Islam melalui usaha penyelarasan dan peningkatan mutu perkhidmatan dalam bidang dakwah, penyelidikan, perundangan, latihan, pendidikan serta pembangunan ekonomi sosial dengan menyediakan perkhidmatan seperti berikut:-
-
Menyediakan program dakwah serta menyedia kemajuan perlaksanaannya mengikut jadual yang ditetapkan.
-
Menyediakan hasil penyelidikan dalam tempoh enam bulan selepas arahan diterima.
-
Menyediakan pelbagai program mengenai Islam untuk siaran televisyen dan radio tiap-tiap hari tepat pada waktu yang ditetapkan dan ipersembahkan secara menarik dan mudah difahami.
-
Menyediakan deraf undang-undang dalam tempoh 6 bulan selepas semua dasar diputuskan.
-
Mengeluarkan Sijil Halal bagi makanan dan barangan gunaan umat Islam dalam tempoh satu bulan selepas pembayaran diterima
-
Menerbit dan mengedar buku, majalah dan risalah mengikut jadual yang ditetapkan.
-
Menyediakan khutbah berkualiti yang merangkumi bidang akidah, syariah, akhlak, ekonomi, sosial dan isu-isu semasa
- Memberi latihan secara terancang, bersepadu dan profesional mengikut keutamaan dan keperluan semasa.
- Hits : 18541







