"PIN ialah sebuah Pelan Integriti yang lahir daripada aspirasi
masyarakat dan negara Malaysia,dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
PIN digubal dengan mengambil kira keseluruhan pandangan dan cadangan yang disampaikan melalui satu siri seminar kebangsaan yang
berlangsung selama kira-kira dua bulan, yang melibatkan peserta daripada hampir kesemua sektor masyarakat dan negara Malaysia.
Justeru itu,PIN mencerminkan hasrat bersama para pemimpin dan rakyat negara kita."
(Petikan Ucapan YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi,Perdana Menteri Malaysia)