Laman Web Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Laman Web Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 4-9 Blok D7,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519
W.P PUTRAJAYA, MALAYSIA
Telefon : 03-8886 4000
Mengenai JAKIM | e-mel| e-mel Lama | Intranet | Waktu Solat/Arah Kiblat |Soalan Lazim
   English   |  العربية    |  Rabu : 25 Safar 1431 /  10 February 2010
Pimpinan Ar-Rahman National Mosque Putra MOsque Wilayah Mosque On-Line Hadith

Enjin Carian

 

Carian Terpanas:

 
1. Mengapa Kalimah
    ALLAH
2. Doa Qunut Nazilah
3. Fatwa Yoga
4. Jangan Gugat Hak    Islam-KP JAKIM
5. Islam Hadhari

Mengenai JAKIM
 Fungsi JAKIM
 Piagam Pelanggan
 Prestasi Piagam
   Pelanggan
 Pelan Strategik Jakim
   2009-2014
 Peta Laman

e-JAKIM
 Tel/e-mail Kakitangan
 e-Solat/Arah Kiblat
 e-Media
 e-Almanak Falak
 e-RHK
 e-Hadith
 e-Ucapan

 e-MEP

 e-Rujukan

 e-Jenazah

 e-QLIM

 SIMPENI

 SISMIM

 Portal SPA(MyAsset)


GARIS PANDUAN
 Garis Panduan Pertama Penyediaan RMKe-10
 Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam
 Panduan Qunut Nazilah
 GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM
 Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Di International Space Station,ISS (Stesyen Angkasa Antarabangsa)
 Panduan Doa Rasmi
Arkib 
Artikel Munakahat  
Isu-Isu Akidah

IslamGRID
IslamGRID
Solat Orang Sakit
Program Televisyen JAKIM
Maklumat Hal Ehwal Islam
SIMPI
Islam Dalam Internet
Modul PPKI & PPS

MUAT TURUN

Ucapan Sambutan Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dr. Ustaz Haji Awang Mohd Zain Bin Haji Serudin Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam Di Mesyuarat MABIMS Kali Ke-12


Ucapan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan limpah rahmat dan hidayahNya jua, dapatlah kita berkumpul dalam Majlis Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) Kali Ke-12 di Kuala Lumpur ini.

Terima kasih yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Dato Dr. Abdullah bin Md. Zain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia, kerana sudi menjemput saya dan rombongan dari Negara Brunei Darussalam untuk menghadiri Pertemuan MABIMS di Kuala Lumpur ini, dan di atas layanan baik yang diberikan kepada kami oleh pihak-pihak yang berkenaan di sini, semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala membalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) Kali Ke-12 ini di antara lain membincangkan beberapa perkara pokok yang menyentuh kepentingan umat Islam.

(i)                      Modal insan sumber kekuatan ummah.

(ii)                    Dakwah Bil Hal sebagai media kontemporari dakwah.

(iii)                   Penghuraian mengenai penguasaan ilmu dalam Islam.

(iv)                  Islam Liberal

(v)                    Toleransi Dalam Kehidupan Beragama.

 

Kejayaan dakwah yang dipimpin oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mempunyai rahsia-rahsia yang tersendiri, di antaranya ialah tauladan yang baik, yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 21:

Maksudnya :

Demi sesungguhnya! adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik”.

Oleh itu untuk memperkuat ummah, kita perlu menjadi contoh, Uswatun Hasanah. Itulah Dakwah Bil Hal.

Banyak contoh-contoh dalam Al-Quran mengenai kekuatan, termasuklah mengenai kekuatan belia-belia. Mereka mempertahankan jati diri mereka sebagai mansuai yang beriman, Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Kahfi ayat 13 :

Yang Bermaksud :

“…Sesunguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami (Allah) tambahi mereka dengan hidayat petunjuk”.

Iman yang kukuh, hidayah bertambah, inilah asas kekuatan manusia beriman. Maka kita berkewajipan memperkuat diri sendiri, dan memperkuat generasi yang akan datang, Surah Al-Qasas ayat 26 memberi contoh mengenai diri Nabi Musa Alaihis Salam.

Maksudnya :

“… Sesungguhnya sebaik-baik orang yang diambil berkerja itu ialahorang yang kuat lagi amanah”.

(          ) orang yang kuat dalam erti kata yang luas, (         ) orang yang amanah lagi dipercayai.

Surah Yusuf ayat 54 memberi contoh mengenai diri Nabi Yusuf Alahis Salam.

Maksudnya :

“… Berkatalah (Raja Mesir kepaa Nabi Yusuf) : sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami”.

Pangkat dan kedudukan hendaklah berasaskan sifat amanah lagi dipercayai.

Surah Yusuf ayat 55 juga memberi contoh mengenai diri Nabi Yusuf Alaihis Salam juga.

Maksudnya :

Berkata (Nabi Yusuf): jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir), sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi (aku) mengetahui cara mentadbirkannya dengan penuh amanah”.

Sifat orang yang bertanggungjawab  itu hendaklah profesional dalam pekerjaannya serta berilmu dan mengetahui selok beloknya.


Kekuatan diri Nabi Yusuf di antara lain digambarkan dengan perkataan         orang yang amanah lagi dipercayai, oraorang yang menjaga dan memelihara dengan sebaik-baiknya secara professional,    orang yang berilmu dan mengetahui. Manakala Nabi Musa digambarkan dengan           orang yang kuat, dan          orang yang amanah lagi dipercayai.

Kekuatan ummah terletak kepada kekuatan masyarakat. Kekuatan masyarakat terletak kepada kekuatan individu. Individu yang tidak kuat pernah ditoak oleh Nabi Sallallahu Alahi Wasallam permohonannya. Ini terjadi kepada Abu Zar Al-Gifari yang menawarkan dirinya untuk suatu jawatan, melalui hadith baginda :

 

Maksudnya:

“Wahai Abu Zar, engakau seorang yang lemah, dan jawatan itu sebagai amanah yang paa hari kiamat akan menjadi kehinaan dan penyesalan. Kecuali bagi orang yang dapat melaksanakan tugas kewajipan dan memenuhi tanggungjawab”.

(Hadith riwayat Muslim)

7

Kekuatan ummah yang kita cita-citakannya Insya Allah akan dapat dilaksanakan yang terasnya iman dan takwa, kerana Allah berjanji dalam Surah Al-‘Araaf ayat 96:

Maksudnya:

Dan  (Allah berfirman lagi) : kalau sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah kami (Allah) akan membukakan kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi…

Sebaliknya jika akidah dan syariat Islam dipesongkan seperti pendekatan yang digunakan oleh gerakan-gerakan Islam Liberal nescaya akan menghancurkan perpaduan ummah.

Amalan bertakwa mengundang pertolongan Allah Ta’ala, kita ambil contoh dalam Surah At-Talaaq ayat 2:

Maksudnya :

Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan)”.

8

Surah At-Tallaq ayat 4 :

Maksudnya :

Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya”.

Kesimpulannya, takwa menjana kekuatan, kekuatan datangnya dari Allah, (i) Penyelesaian sesusau masalah, (ii) kemudahan mencapai cita-cita, pertolongan dan kekuatan datangnya daripada Allah Ta’ala.

Dan Insya Allah, jika umat Islam mempunyai kekuatan yang sedemikian, ia dengan sendirinya akan menjadi media dakwah yang dapat menarik orang lain untuk mengenali dan memahami serta tertarik kepada ajran Islam.

Ditambah lagi dengan wujudnya prinsip hidup berbaik-baik antara manusia tanpa mengira ugama, Rasulullah Sallahu Alahi Wasallam menyuruh umatnya melalaui hadith baginda :

9

Maksudnya :

“… Dan bergaullah sesama manusia dengan budi yang baik”.

(Hadith riwayat At-Tirmizi)

Termasuklah dalam pergaulan itu berbaik-baik dengan jiran, jangan menyakiti sesiapa, mengamalkan sifat-sifat terpuji, menjauhi sifat-sifat terkeji.

Di antara sifat yang terpuji yang diajarkan oleh Islam ialah supaya umat Islam mendokong nilai-nilai kemanusiaan sejagat, iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara harta dan memelihara keturunan. Nilai-nilai yang sedemikian adalah didokong oleh mansuia yang waras fikirannya, yang rindukan keamanan dan ketenteraman.

Semoga Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) Kali Ke-12 ini, yang membincangkan berbagai perkara yang tertentu itu akan membantu pada mewujudkan individu mukmin yang sempurna dan menjadi modal insan yang mampu membentuk masyarakat Islam yang kuat, berilmu dan berdisiplin dengan nilai-nilai akhlak yang terpuji, hidup berbaik-baik sesama manusia demi mencari keredaan Allah.

10

Akhirnya, terimalah pantun berikut:

Kuala Lumpur Seri Begawan,

Dari Jakarta ke Singapura,

Pertemuan MABIMS menjana Iman,

Amanah berilmu berakhlak mulia,

Buah Duku buah durian,

Buah Sukun buah Rambutan,

Aman damai setia kawan,

Hidup rukun sesama insan.

Wassalam

Tarikh :   10 Januari 2007
Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM  
Editor : PRO JAKIM
Hits :  2563  

HADITH HARI INI


Tinjauan Pendapat
Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak patut dibenarkan menggunakan Kalimah Allah dalam gereja dan bahan terbitan mereka.
A: Tidak Setuju
B: Setuju
 

Tinjauan Pendapat
Kerajaan Patut menubuhkan Majlis Antara Agama yang memiliki kuasa undang-undang dan dianggotai oleh pemimpin Islam, Hindu, Kristian, Sikh, Budha, Tao, Qadyani, Bahai dan lain-lain
A: Tidak Wajar
B: Wajar Bersyarat
C: Wajar Tanpa Syarat
 
Pengumuman
 
  Kelas Pengajian Membaca Al-Quran Anjuran Puspanita JAKIM
  Kursus Better Spoken English di ILIM
  Rancangan Realiti TV Kanak- kanak 'ADIK-ADIKKU"
 

Iklan
 
  Radio Jakim "SALAM FM" Mula Siaran
  Pelawaan Sumbangan Karya Dan Manuskrip
  Kursus Perkahwinan
 

Hiperrangkai
 
 DBP
 BPA
 eKL
 IIM
 YWM
 BPH
 

Akhbar On-line
 
 


Anda adalah pelawat yang ke 12816023  sejak dilancarkan pada 16 Disember 1996

Hits Keseluruhan JAKIM
Kemaskini : 10 February 2010
Hakcipta Terpelihara JAKIM © 2010
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
PENAFIAN
Kerajaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.