Laman Web Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Laman Web Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 4-9 Blok D7,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519
W.P PUTRAJAYA, MALAYSIA
Telefon : 03-8886 4000
Mengenai JAKIM | e-mel| e-mel Lama | Intranet | Waktu Solat/Arah Kiblat |Soalan Lazim
   English   |  العربية    |  Rabu : 25 Safar 1431 /  10 February 2010
Pimpinan Ar-Rahman National Mosque Putra MOsque Wilayah Mosque On-Line Hadith

Enjin Carian

 

Carian Terpanas:

 
1. Mengapa Kalimah
    ALLAH
2. Doa Qunut Nazilah
3. Fatwa Yoga
4. Jangan Gugat Hak    Islam-KP JAKIM
5. Islam Hadhari

Mengenai JAKIM
 Fungsi JAKIM
 Piagam Pelanggan
 Prestasi Piagam
   Pelanggan
 Pelan Strategik Jakim
   2009-2014
 Peta Laman

e-JAKIM
 Tel/e-mail Kakitangan
 e-Solat/Arah Kiblat
 e-Media
 e-Almanak Falak
 e-RHK
 e-Hadith
 e-Ucapan

 e-MEP

 e-Rujukan

 e-Jenazah

 e-QLIM

 SIMPENI

 SISMIM

 Portal SPA(MyAsset)


GARIS PANDUAN
 Garis Panduan Pertama Penyediaan RMKe-10
 Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam
 Panduan Qunut Nazilah
 GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM
 Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Di International Space Station,ISS (Stesyen Angkasa Antarabangsa)
 Panduan Doa Rasmi
Arkib 
Artikel Munakahat  
Isu-Isu Akidah

IslamGRID
IslamGRID
Solat Orang Sakit
Program Televisyen JAKIM
Maklumat Hal Ehwal Islam
SIMPI
Islam Dalam Internet
Modul PPKI & PPS

MUAT TURUN

Pensijilan Halal JAKIM Telah Diserahkan Kepada Halal Industry Development Corporation(HDC)

Penyerahan dokumen sebagai tanda penyerahan Pensijilan Halal JAKIM

kepada Halal Industry Development Corporation (HDC)

Pada 17 April 2008 yang lalu, satu lagi kemajuan dicapai ke arah memartabatkan lagi pembangunan industri halal di Malaysia. Perkembangan ini adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ke arah menjadikan negara Malaysia sebagai hub halal dunia serta menjadi pusat rujukan serantau.

Transisi pengurusan pensijilan halal di Malaysia daripada Bahagian Hub Halal JAKIM kepada Halal Industry Development Corporation (HDC) adalah sesuatu yang kena dan tepat pada masanya dalam usaha memperkasakan pengurusan dan pembangunan industri halal yang lebih terfokus dan berwibawa.

Terdahulu Dato’ Hj Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz , Ketua Pengarah JAKIM dalam ucapannya menegaskan bahawa JAKIM begitu positif kepada perkembangan ini sebagai langkah melaksanakan keputusan yang telah pun dibuat di peringkat kabinet.

Justeru itu, JAKIM akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memastikan proses tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna.Manakala Dato’ Jamil Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif Halal Industry Development Corporation (HDC) dalam ucapannya menyatakan bahawa penyerahan tugas Bahagian Hub Halal JAKIM kepada pihak HDC adalah satu lagi milestone untuk membantu membangunkan industri halal negara di samping dapat memacu Malaysia sebagai hub halal dunia.

Tambahnya , beliau merakamkan terima kasih kepada pihak JAKIM atas pelbagai usaha sebelum ini sehingga Standard Halal MS1500 : 2004 telah mendapat pengiktirafan yang tinggi di peringkat dalam dan luar negara. Beliau juga menyatakan agar HDC akan dapat berganding bahu dalam menjalankan tugas baru yang penting terutamanya dalam aspek syariah yang menjadi nadi kepada pensijilan halal itu sendiri.

Upacara Majlis Serah Terima Tugas tersebut telah ditandatangani oleh Dato’ Hj Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz , Ketua Pengarah JAKIM dengan Dato’ Jamil Bidin , Ketua Pegawai Eksekutif Halal Industry Development Corporation (HDC) serta disaksikan oleh Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , Menteri di Jabatan Perdana Menteri . Turut hadir ialah Tan Sri Dr Syed Jalaluddin Syed Salim, Pengerusi HDC.

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid menerusi ucapannya beliau menyatakan bahawa synergy antara pihak JAKIM dan HDC telah diputuskan oleh Kabinet dalam tempoh tidak kurang daripada sebulan iaitu pada 2 April 2008, maka 17 April 2008 iaitu dalam masa 15 hari sahaja ia telah diterjemahkan kepada proses peralihan tersebut.

Tambah beliau lagi bahawa Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) juga telah menerima dan mengiktiraf pensijilan halal Malaysia termasuklah pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Justeru dalam masa proses peralihan ini, Bahagian Hub Halal akan terus berfunsi seperti biasa dengan menggunakan prosedur dan standard pensijilan yang sedia ada sehingga HDC selesai menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan proses tarnsisi ini.

Manakala semua urusan yang berkaitan dengan isu pensijilan halal hendaklah dihantarkan terus kepada seperti alamat berikut :

Pengarah

Bahagian Hub Halal

Halal Industry Development Corporation (HDC)

Aras G & 3 , Blok 2200 , Enterprise Building 3

Persiaran APEC , 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-8315 0200 (Hunting Line) Faks : 03-8318 7044

http://www.hdcglobal.com

Tarikh :   30 April 2008
Sumber : Pengarah Bahagian  
Editor : PRO JAKIM
Hits :  3911  

HADITH HARI INI


Tinjauan Pendapat
Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak patut dibenarkan menggunakan Kalimah Allah dalam gereja dan bahan terbitan mereka.
A: Tidak Setuju
B: Setuju
 

Tinjauan Pendapat
Kerajaan Patut menubuhkan Majlis Antara Agama yang memiliki kuasa undang-undang dan dianggotai oleh pemimpin Islam, Hindu, Kristian, Sikh, Budha, Tao, Qadyani, Bahai dan lain-lain
A: Tidak Wajar
B: Wajar Bersyarat
C: Wajar Tanpa Syarat
 
Pengumuman
 
  Kelas Pengajian Membaca Al-Quran Anjuran Puspanita JAKIM
  Kursus Better Spoken English di ILIM
  Rancangan Realiti TV Kanak- kanak 'ADIK-ADIKKU"
 

Iklan
 
  Radio Jakim "SALAM FM" Mula Siaran
  Pelawaan Sumbangan Karya Dan Manuskrip
  Kursus Perkahwinan
 

Hiperrangkai
 
 DBP
 BPA
 eKL
 IIM
 YWM
 BPH
 

Akhbar On-line
 
 


Anda adalah pelawat yang ke 12816952  sejak dilancarkan pada 16 Disember 1996

Hits Keseluruhan JAKIM
Kemaskini : 10 February 2010
Hakcipta Terpelihara JAKIM © 2010
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
PENAFIAN
Kerajaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.