Laman Web Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Laman Web Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 4-9 Blok D7,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519
W.P PUTRAJAYA, MALAYSIA
Telefon : 03-8886 4000
Mengenai JAKIM | e-mel| e-mel Lama | Intranet | Waktu Solat/Arah Kiblat |Soalan Lazim
   English   |  العربية    |  Rabu : 25 Safar 1431 /  10 February 2010
Pimpinan Ar-Rahman National Mosque Putra MOsque Wilayah Mosque On-Line Hadith

Enjin Carian

 

Carian Terpanas:

 
1. Mengapa Kalimah
    ALLAH
2. Doa Qunut Nazilah
3. Fatwa Yoga
4. Jangan Gugat Hak    Islam-KP JAKIM
5. Islam Hadhari

Mengenai JAKIM
 Fungsi JAKIM
 Piagam Pelanggan
 Prestasi Piagam
   Pelanggan
 Pelan Strategik Jakim
   2009-2014
 Peta Laman

e-JAKIM
 Tel/e-mail Kakitangan
 e-Solat/Arah Kiblat
 e-Media
 e-Almanak Falak
 e-RHK
 e-Hadith
 e-Ucapan

 e-MEP

 e-Rujukan

 e-Jenazah

 e-QLIM

 SIMPENI

 SISMIM

 Portal SPA(MyAsset)


GARIS PANDUAN
 Garis Panduan Pertama Penyediaan RMKe-10
 Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari-Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam
 Panduan Qunut Nazilah
 GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM
 Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Di International Space Station,ISS (Stesyen Angkasa Antarabangsa)
 Panduan Doa Rasmi
Arkib 
Artikel Munakahat  
Isu-Isu Akidah

IslamGRID
IslamGRID
Solat Orang Sakit
Program Televisyen JAKIM
Maklumat Hal Ehwal Islam
SIMPI
Islam Dalam Internet
Modul PPKI & PPS

MUAT TURUN

Ekspedisi Kasih Temui Sinar Syahadah Di Perkampungan Orang Asli

Ketibaan YB Menteri disambut mesra oleh masyarakat Orang Asli.

 

Turut mengetuai bagi ekspedisi tersebut adalah Y.Bhg. Dato' Ketua Pengarah Jakim.

 

Pada 25 – 26 April 2009 yang lalu, Cawangan Dakwah Bukan Islam dan Orang Asli (DBIOA), Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan program “Ekspedisi Kasih” ke Perkampungan Orang Asli di Pos Raya Simpang Pulai, Perak serta Pos Hendrop dan Tuel di Gua Musang, Kelantan.

 

 

Konvoi 'Ekspedisi Kasih' ini telah diketuai oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd. Aziz, Ketua Pengarah Jakim. Ia turut disertai oleh Y.Bhg. Tuan Haji Othman bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim dan Y.Bhg. Encik Mohd. Noor bin Abd. Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim serta beberapa pengarah Bahagian di Jakim. Seramai 69 orang peserta telah bertolak menaiki 20 buah kenderaan pacuan empat roda (4x4) dari Blok D7, Kompleks D, Putrajaya manakala sebahagian yang lain bergerak dengan menaiki bas.

 

Y.Bhg. Dato' Ketua Pengarah Jakim melepaskan konvoi Ekspedisi Kasih.

 

Program ini turut mendapat kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Majlis Agama Islam dan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Perak dan Kelantan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia, Hospital Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Hospital PUSRAWI dan Angkatan Relawan Rakyat (RELA).

 

YB Menteri menyampaikan bantuan serta cenderahati kepada masyarakat Orang Asli.

 

Turut menyertai ekspedisi ini adalah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Islamic Outreach ABIM dan Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang turut menyumbang barangan, set peralatan sekolah dan wang saguhati kepada penduduk kampung yang disinggahi.

 

YB Menteri ketika berucap merasmikan 'Ekspedisi Kasih' bersama masyarakat Orang Asli.

 

YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyempurnakan perasmian majlis dan penyerahan sumbangan kepada penduduk Kampung Orang Asli Pos Raya, Simpang Pulai Perak manakala perasmian dan penyerahan sumbangan di Pos Tuel dan Hendrop, Gua Musang disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj Wan Mohamad Bin Dato’ Hj Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jakim.

 

 

Pos Hendrop, Gua Musang Kelantan menyaksikan kejutan kepada peserta ekspedisi apabila seramai 45 orang masyarakat Orang Asli menyatakan keislaman masing-masing secara beramai-ramai di hadapan Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah Jakim yang kemudiannya menjadi saksi dan menyempurnakan majlis syahadah tersebut.

 

Sebelum upacara syahadah di Pos Hendrop tersebut, seramai tujuh (7) orang telah menyatakan keislaman masing-masing di mana empat (4) orang daripadanya di Pos Raya, Simpang Pulai, Perak dan tiga (3) orang lagi di Pos Tuel, Gua Musang, kelantan. Ini menjadikan keseluruhan penduduk Orang Asli yang memeluk Islam sepanjang dua hari ekspedisi seramai 76 orang (termasuk 24 kanak-kanak).

 

Acara pengislaman beramai- ramai masyarakat Orang Asli di Kelantan.

 

Ternyata konvoi 'Ekspedisi Kasih' ini mendapat sambutan yang amat memberansangkan daripada penduduk kampung yang disinggahi. Keramahan dan kemesraan masyarakat Orang Asli menyambut kedatangan konvoi sepanjang program ini diadakan menggambarkan betapa mereka amat-mengalu-alukan kedatangan para peserta ekspedisi. Hasil daripada ekspedisi ini pastinya akan dilakukan susulan dan tindakan berdasarkan kepada keperluan para penduduk di kampung-kampung berkenaan.

 

 

Kerjasama baik kesemua peserta ekspedisi termasuk daripada agensi-agensi kerajaan yang terlibat membolehkan program kali ini mencapai matlamat yang digariskan dan pengislaman beramai-ramai penduduk Orang Asli setempat membuktikan hasil lumayan yang telah dituai sepanjang dua hari ekspedisi dan membuka peluang untuk program seterusnya pada masa yang akan datang.

 

Y.Bhg. Dato' Ketua Pengarah ketika melawat kediaman masyarakat Orang Asli.

 

Y.Bhg. Dato' Ketua Pengarah ketika menyampaikan bantuan.

 

Ketibaan konvoi 'Ekspedisi Kasih' ke perkampungan masyarakat orang Asli.

Tarikh :   05 Mei 2009
Sumber : Pengarah Bahagian Dakwah  
Editor : PRO JAKIM
Hits :  877  

HADITH HARI INI


Tinjauan Pendapat
Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak patut dibenarkan menggunakan Kalimah Allah dalam gereja dan bahan terbitan mereka.
A: Tidak Setuju
B: Setuju
 

Tinjauan Pendapat
Kerajaan Patut menubuhkan Majlis Antara Agama yang memiliki kuasa undang-undang dan dianggotai oleh pemimpin Islam, Hindu, Kristian, Sikh, Budha, Tao, Qadyani, Bahai dan lain-lain
A: Tidak Wajar
B: Wajar Bersyarat
C: Wajar Tanpa Syarat
 
Pengumuman
 
  Kelas Pengajian Membaca Al-Quran Anjuran Puspanita JAKIM
  Kursus Better Spoken English di ILIM
  Rancangan Realiti TV Kanak- kanak 'ADIK-ADIKKU"
 

Iklan
 
  Radio Jakim "SALAM FM" Mula Siaran
  Pelawaan Sumbangan Karya Dan Manuskrip
  Kursus Perkahwinan
 

Hiperrangkai
 
 DBP
 BPA
 eKL
 IIM
 YWM
 BPH
 

Akhbar On-line
 
 


Anda adalah pelawat yang ke 12816454  sejak dilancarkan pada 16 Disember 1996

Hits Keseluruhan JAKIM
Kemaskini : 10 February 2010
Hakcipta Terpelihara JAKIM © 2010
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
PENAFIAN
Kerajaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.