Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Islamic Outreach ABIM telah telah berjaya menganjurkan Kursus Pemandu Pelancong Masjid di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pada 27 hingga 30 Jamadilawwal 1430H bersamaan 22 hingga 24 Mei 2009. Para peserta seramai 65 orang terdiri daripada pesara kerajaan, pesara swasta , siswazah IPTA / IPTS.
Kursus berlangsung selama 3 hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada para peserta tentang peranan pemandu pelancong di masjid dan secara tidak langsung sebagai dai'e memberi kefahaman tentang Islam di kalangan pelancong asing yang datang melawat ke masjid.

Perasmian kursus disempurnakan oleh Tuan Haji Ghafani bin Awang Teh, Pengarah Bahagian Kesuma, Jakim. Turut hadir Tuan Azrin bin Mohd Amin, Pengerusi Islamic Outreach ABIM (duduk, kanan) . Penceramah jemputan ialah Sheikh Raziudin Ali yang merupakan Director Discover Islamic, Bahrain (duduk, kiri).
Berdasarkan maklumat terkini, pihak Kementerian Pelancongan Malaysia telah mengenalpasti sebanyak 33 buah masjid sebagai destinasi pelancongan seluruh Malaysia dan hanya terdapat seramai 100 orang pemandu pelancong yang berdaftar.
Jakim akan terus sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia dan Islamic Outreach ABIM untuk menjadikan Masjid sebagai satu produk pelancongan Negara sekaligus meningkatkan kehadiran pelancong-pelancong asing ke negara ini. Semoga usaha murni ini secara tidak langsung dapat mempertingkatkan usaha dakwah dan menarik minat pelancong asing bukan Islam untuk mengenali Islam secara lebih mendalam.

Y.Bhg Tuan Hj Ghafani bin Awang Teh, Pengarah Bahagian Kesuma, Jakim (kanan) bersama Sheikh Raziudin Ali, Director Discover Islamic, Bahrain.



Para peserta Kursus Pemandu Pelancong Masjid tekun mengikuti sesi ceramah