Pada 17 Jun 2010, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam satu majlis yang diadakan sempena Syarahan Kursi Syeikh Abdullah Fahim di Kompleks Tun Abdullah Salleh, UKM Bangi. Memorandum Persefahaman MoU antara kedua-dua pihak ditandatangani oleh Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) oleh Naib Canselornya,YBhg. Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
Antara persefahaman bidang kajian MoU melibatkan aktiviti seperti berikut:
Penganjuran Bersama Seminar 1Malaysia : Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari pada 12-13 Mac 2010;
Penerbitan bersama Jurnal Hadhari Bil.3 & 4 pada tahun 2010;
Penerbitan Jurnal Hadhari Bil. 5 & 6 pada tahun 2011;
Penerbitan Jurnal Hadhari Bil. 7 & 8 pada tahun 2012;
Penganjuran siri International Discussion mengenai Islam Hadhari kepada pelajar-pelajar antarabangsa;
HADHARI, UKM menjalankan penyelidikan mengenai keberkesanan program Hadhari iaitu Kursus Bina Insan di 27 Kementerian dan agensi kerajaan dengan peruntukan dana oleh pihak JAKIM;
Pemindahan ilmu dalam bentuk kursus khas untuk pegawai-pegawai JAKIM yang diberikan oleh Felo-felo Hadhari;
Penganjuran bengkel, wacana, forum secara bersama;
Penganjuran seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa; dan
Penyelidikan bersama mengenai isu-isu semasa yang akan dipersetujui dari semasa ke semasa.
Pada majlis itu juga, penyerahan cek dana penyelidikan berjumlah RM59,299.00 telah disampaikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz kepada Naib Canselor UKM, YBhg. Tan Sri Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin. Majlis menandatangani MoU dan penyerahan cek tersebut turut disaksikan oleh Mantan Perdana Menteri, YBhg. Tun Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi dan Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri YB Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin.
Tarikh : 24 Jun 2010 Sumber :
Unit Perhubungan Awam JAKIM
Editor : PRO JAKIM Hits : 436