|

PENCALONAN ANUGERAH MAULIDUR RASUL (S.A.W)
PERINGKAT KEBANGSAAN 1430H/ 2009M
Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Syarikat Swasta, dan orang perseorangan adalah dipelawa untuk membuat pencalonan bagi Anugerah Maulidur Rasul sempena perayaan Sambutan Maulidur Rasul (s.a.w) Peringkat Kebangsaan 1430H/2009M. Penganugerahan akan dibuat dalam konteks pelaksanaan Islam Hadhari. Setiap pencalonan yang berjaya akan menjadi tetamu kehormat sempena perayaan tersebut dan akan menerima wang tunai RM 5,000.00, sijil Kerajaan Malaysia, plak serta cenderamata iringan. Perbelanjaan perjalanan, penginapan dan makan/minum untuk menghadiri perayaan tersebut akan ditanggung oleh Kerajaan.
GARIS PANDUAN PENCALONAN
- Calon mestilah Warganegara Malaysia, terbuka kepada lelaki dan perempuan dari semua agama.
- Pencalonan terbuka kepada Badan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan, Syarikat Swasta dan Individu.
- Calon kakitangan Kerajaan terbuka kepada Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan
- Kriteria pemilihan pencalonan adalah seperti berikut:
a)
Telah memberikan sumbangan dalam tugas yang mencabar;
b) Telah memberikan sumbangan dalam tugas berisiko tinggi;
c) Telah memberikan sumbangan yang berinovatif; dan
d)
Telah memberikan sumbangan ke arah kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara.
- Pencalonan dari jabatan-jabatan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing.
- Setiap agensi boleh mengemukakan seorang pencalonan.
- Pencalonan hendaklah dengan menggunakan borang yang disediakan yang boleh diperolehi dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau boleh dimuat turun melalui laman web JAKIM http://www.islam.gov.my. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah sampai ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selewat-lewatnya pada 31 Januari 2009 ke alamat berikut :
Urusetia Pencalonan Anugerah Maulidur Rasul 1430H/2009M
Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 8, Blok D7
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62519 PUTRAJAYA
U.P. : Puan Najibah Abdul Mutalib Tel : 03-88864127
|
Sebarang pertanyaan mengenai pencalonan bolehlah dirujuk kepada Urus Setia seperti di alamat di atas.
8. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
9. Keputusan Panel Pemilihan adalah muktamad.
10.Hanya mereka yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak Urusetia.
Sebarang pertanyaan mengenai pencalonan bolehlah dirujuk kepada Urusetia seperti alamat di atas. |