Laman Web Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Homepage
Aras 4-9 Blok D7,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519
W.P PUTRAJAYA, MALAYSIA
Telefon : 03-8886 4000
Mengenai JAKIM | e-mel | Intranet | Waktu Solat/Arah Kiblat   
   English   |  العربية  |   |  Jumaat : 20 Syaaban 1429 /  22 August 2008
Pimpinan Ar-Rahman National Mosque Putra MOsque Wilayah Mosque On-Line Hadith

Enjin Carian

 

Carian Terpanas:

 
1. Sijil Halal JAKIM
2. Islam Hadhari
3. Harus Melabur
   (ASN & ASB)

Mengenai JAKIM
 Fungsi JAKIM
 Piagam Pelanggan

e-JAKIM
 Tel/e-mail Kakitangan
 e-Solat/Arah Kiblat
 e-Almanak Falak
 e-RHK
 e-Hadith
 e-Fatwa
 e-Mel
 e-Ucapan

 e-MEP

 e-Rujukan

 e-Jenazah

 EHRJAKIM

 Isu-Isu Akidah

 SIMPENI

 SISMIM

 MyAsset


GARIS PANDUAN
 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERKAMPUNGAN HADHARI PERINGKAT PARLIMEN
 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENDEKATAN ISLAM HADHARI DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN
 Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Di International Space Station,ISS (Stesyen Angkasa Antarabangsa)
 Panduan Doa Rasmi
 Garis Panduan Menggunakan Bahan Terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
 Garis Panduan Bedah Siasat Mayat Menurut Perspektif Islam
 Prosedur Pentadbiran Perkahwinan Perceraian Dan Rujuk
Arkib 
Artikel Munakahat  


MUAT TURUN

Perutusan Menteri

Ucapan Ketua Pengarah

Sejarah

Misi

Visi

Objektif

Etika Kerja

Bahagian-Bahagian Di JAKIM

Carta Organisasi


SEJARAH JAKIM

Pada tahun 1968, persidangan Majlis Raja-Raja Malaysia telah memutuskan bahawa perlunya suatu badan bagi menggembleng usaha pembangunan dan kemajuan umat Islam di Malaysia, selaras dengan taraf negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang semakin kukuh serta mendapat perhatian dunia antarabangsa.
Menyedari hakikat itu, satu urusetia kepada Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Ugama Islam Malaysia telah ditubuhkan, bagi memelihara kesucian akidah dan ajaran Islam. Urusetia ini kemudiannya telah dikembangkan sebagai Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya dinaikkan taraf sekali lagi menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).

Pada 1 Januari 1997, selaras dengan pembangunan dan kemajuan Islam yang bertambah mantap di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia sebagai mengambil alih kuasa dan peranan (BAHEIS).

LATAR BELAKANG PENUBUHAN PUSAT ISLAM

Kompleks Pusat Islam Malaysia yang berdiri megah dan gagah di tengah-tengah kesibukan Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai keseimbangan sejarah yang bermula dari Masjid Negara Lagi.

Masjid Negara yang dirasmikan pembukaanya pada tahun 1965 oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang Ketiga Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalulail merupakan asas pertama bermulanya segala aktiviti yang membawa terbinanya Kompleks Pusat Islam yang ada sekarang ini.

Bahagian Hal Ehwal Islam,Jabatan Perdana Menteri adalah nama baru yang diberikan kepada Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri.

Pada mulanya bahagian ini merupakan suatu Urusetia di Jabatan Perdana Menteri. Urusetia tersebut diberi nama Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Urusetia tersebut mula ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja dalam tahun 1968.

Pengerusinya yang pertama ialah Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, dan setiausahanya ialah Dato Haji Ismail bin Panjang Aris. Pada mulanya ia diharapkan dapat disertai oleh semua negeri di Malaysia tetapi pada masa penubuhannya terdapat dua buah negeri yang tidak menyertainya. Negeri-negeri itu ialah Negeri Kedah dan Pahang. Sehingga sekarang kedua-dua negeri tersebut masih belum menyertai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kini.

Ada dua tugas penting yang diberikan kepada Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ini.Tugas-tugasnya ialah:-

1. Membincang,menimbang dan menguruskan apa-apa perkara yang dirujukan kepada Majlis oleh Majlis Raja-Raja, mana-mana kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atau seseorang ahli Majlis, dengan tujuan hendak memberi nasihat atau pengesyoran.

2. Memberi nasihat kepada Majlis Raja-raja.Kerajaan-kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atas apa-apa perkara berkenaan dengan perundangan atau pentadbiran Agama Islam atau pelajaran Agama Islam dengan tujuan hendak membaiki, menyamakan atau menggalakkan persamaan undang-undang atau pentadbiran.

Semenjak Majlis Hal Ehwal Agama Islam diwujudkan hinggalah sekarang Pengerusinya adalan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia selaras dengan kepentingan Agama Islam dalam Perlembagaan Negara Malaysia. Majlis ini boleh dikatakan sebuah Majlis yang penting kerana bukan saja ia telah menjalankan tugas penyelarasannya tetapi ia telah menjadi forum tertinggi Agama bagi membincang dan memutuskan masalah-masalah dasar agama yang memberi kesan yang besar kepada agama dan umat islam di negara ini.

Dalam tempoh 10 tahun pertama(1970-1980) lebih 20 kali Persidangan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah diadakan dan hampir 200 masalah telahpun diperbincangkan. Dalam persidangan ini berbagai-bagai keputusan telah dibincang dan diputuskan. Antaranya kejayaan-kejayaan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia adalah seperti berikut:

a. Bertanggungjawab mewujudkan Institusi-institusi Islam yang membawa kesan penting kepada perkembangan Agama Islam di negara ini dan diperingkat antarabangsa.

Antara Institusi baru yang telah diwujudkan ialah:

1. Institusi Dakwah dan Latihan Islam(INDAH)

2. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

3. Maktab Perguruan Islam Malaysia

4. Sekolah Menengah Agama di Sarawak

5. Pusat Penyelidikan Islam

6. Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat

7. Lembaga Penyelaras Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam(LEPAI)

Sebahagian dari Institusi-institusi yang tersebut adalah menjadi bahagian yang penting di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri sekarang. Institusi-institusi berkenaan sudahpun menjadi kenyataan dan berkembang dengan pesatnya di bawah menara Pusat Islam Malaysia yang baru.

Pembangunan Fizikal Pusat Islam

Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia memulakan tugasnya pada tahun 1970 apabila Persidangan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam menubuhkan Pusat Penyelidikan Islam (PPI) pada tahun 1971 dan Institut Dakwah & Latihan Islam (INDAH) pada tahun 1974.

Pada 1974 apabila terbentuknya Wilayah Persekutuan, Urusetia Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam telah dinaikan tarafnya menjadi Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri. Sementara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1978 barulah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diletakkan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan dijadikan satu Jabatan iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Melihat kepada perkembangan Agama Islam di Malaysia yang semakin pesat, maka adalah dirasakan amat perlu pentadbiran Agama Islam mempunyai bangunannya yang tersendiri. Pada waktu permulaan operasinya Urusetia Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam mempunyai pejabat sementaranya di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang Kuala Lumpur, sementara segala aktiviti Agama dijalankan di Masjid Negara.

Maka, pada tahun 1970 Bangunan Lama Pusat Islam yang terletak di jalan Lembah berhampiran dengan Masjid Negara telah didirikan. Perletakan batu asasnya telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein.

Pada tahun 1974 apabila Urusetia Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama dinaikkan tarafnya menjadi Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, maka tugas dan tanggungjawabnya semakin besar dan mencabar. Pusat-pusat cawangan baru telah ditubuhkan dan dimasukkan di bawah bidang kuasa Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri. Pada masa itu sudah wujud Pusat Penyelidikan Islam (1971). Institut Dakwah dan Latihan Islam (1974) disamping Masjid Negara dan juga Maahad Tahfiz dan juga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Dengan perkembangan yang begitu pesat, pegawai-pegawai telah bertambah, aktiviti dan program semakin meningkat, ruang0ruang pejabat pula semakin dirasakan sempit dan sesatnya. Menjelang awal tahun 1980, Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri telah berkembang dengan pesat. Pada masa itu cawangan Bahagian Agama terdapat berselerak di sekitar Kuala Lumpur seperti Pusat Penyelidikan Islam di Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan, Jalan Duta, manakala Institut Dakwah dan latihan Islam terletak di Pusat Islam, Jalan Lembah dan dirumah-rumah Kerajaan di jalan Mahameru dan juga di jalan Cenderasari. Demikian juga keadaanya dengan bangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat.

Dibawah Rancangan Malaysia ketiga (1976-80) Bahagian Agama , Jabatan Perdana Menteri telah mendapat peruntukan bagi membina Bangunan 4 tingkat untuk pejabat Menteri Tak Berpotfolio di Jabatan Perdana Menteri dan Kompleks Baru Pusat Islam tetapi Pejabat Menteri itu tidak dapat dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga, lalu dibawa kepada Rancangan Malaysia Keempat.

BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM, JABATAN PERDANA MENTERI

Pada tahun 1984 Bahagian Ugama. Jabatan Perdana Menteri disusun semula dan diperbesarkan. Semua jawatan yang sedia ada dinaikkan taraf. Pada 1hb. Ramadhan 1405 bersamaan 21 Mei,1985 nama Bahagian Ugama ini telah ditukar kepada Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Dalam tahun yang sama Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri telah berpindah ke bangunan yang baru. Kompleks ini telah dibina di atas sebidang tanah seluas 2.43 hektar berhampiran Masjid Negara dengan perbelanjaan sebanyak RM58 juta. Kompleks tersebut mengandungi bangunan menara sebelas tingkat menempatkan pejabat-pejabat dan bilik-bilik kuliah, sebuah auditorium yang boleh memuatkan seramai 1500 orang. Sebuah bangunan tiga tingkat untuk Perpustakaan Awam Islam, Balai Pameran Islam dan Institut Pengajian Al-Quran Wal Qiraat. Kompleks bangunan Bahagian Hal Ehwal Islam dikenali sebagai Pusat Islam Malaysia.

KONSEP REKA BENTUK

Kompleks Pusat Islam mempunyai reka bentuk yang unik dan menarik dengan berteraskan seni bina Islam. Aspek utama yang dijadikan asas dalam mereka bentuk kompleks ini ialah mewujudkan penyesuaian bentuk bangunan dengan keperluannya.

Reka bentuknya disediakan oleh Y.Bhg.Datuk Nik Mohamed bin Mahmud dari Syarikat Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kompleks ini direka bentuk seperti istana (castle) dikelilingi oleh dinding-dinding batu dengan dua pintu utama. Diantara tembok dengan bangunan besar terdapat ruang dan laman terbuka (courtyard) yang luas yang boleh memuatkan seramai 6000 orang.

Konsep sebegini terkenal pada zaman kegemilangan Islam silam. Ruang-ruang diantara tembok dengan bangunan serta laman terbuka digunakan sebagai tempat berkumpul, berbincang dan berdiskusi khususnya mengenai hal-hal keagamaan.

STRUKTUR BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM JABATAN PERDANA MENTERI

Bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab itu. Organisasi Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri disusun kepada beberapa Cawangan seperti carta berikut:-

FUNGSI BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM

 

Bahagian Hal Ehwal Islam dipertanggungjawab untuk melaksanakan salah satu program di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Pentadbiran Hal Ehwal Islam. Bidang tugas program ini meliputi semua tugas badan-badan perancang dan penyelaras yang dapat dirumuskan seperti:-

a) Usaha-usaha untuk memperbaiki dan menyeragamkan undang-undang dan pentadbiran yang berkaitan dengan hal ehwal islam, hokum syarak dan pelajaran agama islam diseluruh negara.

b) Kegiatan-kegiatan Islam untuk memastikan dasar dan rancangan pembangunan negara berjalan dengan lancar.

c) Program dan aktiviti dakwah islamiah

d) Program dan aktiviti bagi perlaksanaan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran.

e) Program dan aktiviti keislaman dalam Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun

f) Usaha untuk memberi sumbangan ke arah mempertingkatkan dan memperkukuhkan kedudukan agama Islam dan umatnya di Malaysia.

g) Usaha untuk mengawal dan memelihara kesucian akidah dan ajaran Islam di negara ini.

h) Usaha untuk menyelesaikan masalah ummah yang berkaitan dengan isu-isu semasa.

2. Menilai dan memberi cadangan terhadap aktiviti keislaman yang dijalankan

oleh agensi kerajaan dan swasta bagi memastikan tidak berlaku antara

pertentangan antara kepentigan negara dengan kepentingan islam.

3. Merancang aktiviti-aktiviti untuk membantu pihak-pihak berkuasa agama

islam negeri dalam bidang dakwah islamiah.

 

OBJEKTIF

Objektif program Pentadbiran Hal Ehwal Islam adalah seperti berikut:-

Untuk menentukan bahawa rancangan-rancangan pembangunan ummah

dan perkembangan agama islam di negara ini dilaksanakan secara

bersepadu berdasarkan perancangan dan penyelarasan yang berkesan.”

Secara lebih luas Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) mempunyai dua objektif utama:-

a) Menyelaras pentadbiran Hal Ehwal Islam di Malaysia yang peranan utamanya dilaksanakan oleh Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri.

b) Untuk mengujudkan satu pentadbiran Hal Ehwal Islam yang bersepadu melalui perancangan, Penyelarasan dan perlaksanaan yang berkesan.

PENJELASAN TUGAS
Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri telah menyusun Bahagian ini kepada beberapa cawangan berikut:-
Pentadbiran & Penyelarasan

Pusat Penyelidikan Islam

Institut Dakwah & Latihan Islam (INDAH)

Institut Tahfiz Al-Quran Walqiraat

Penyelarasan & Pembangunan Pendidikan Islam

Penerbitan

Masjid Negara

Urusetia 1

Urusetia 2

Bahagian Hal Ehwal Islam Cawangan Sabah

Bahagian Hal Ehwal Islam Cawangan Sarawak

Sistem Maklumat Islam

Dakwah Khas Orang Asli

PENTADBIRAN DAN PENYELARASAN
Cawangan Pentadbiran dan Penyelarasan bertanggungjawab mengendalikan tujuh tugas utama seperti berikut:-
a) Pentadbiran Am

b) Pengurusan Kewangan Pembangunan

c) Pengurusan Personal

d) Latihan dan Kerjaya

e) Perpustakaan Awam Islam

f) Balai Pameran Islam

Fungsi Cawangan ini adalah seperti berikut:-

a) Melaksanakan urusan-urusan pentadbiran am, pentadbiran personal, pengurusan kewangan, latihan dan kerjaya.

b) Menguruskan perkhidmatan Perpustakaan Awam Islam dan Balai Pameran Islam

c) Menguruskan Majlis Tilawah al-Quran dan seminar yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam.

d) Menguruskan projek-projek pembangunan



HADITH HARI INI


Pengumuman
 
 

Iklan
 
  Syarat dan Peraturan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan
  Jawatan Kosong
  Pelawaan Sumbangan Karya Dan Manuskrip
  Kursus Perkahwinan
 

Hiperrangkai
 
 DBP
 eKL
 

GOV.MY
 
 

Akhbar On-line
 
 


Anda adalah pelawat yang ke 7876054  sejak dilancarkan pada 16 Disember 1996

Hits Keseluruhan JAKIM
Kemaskini : 22 August 2008
Hakcipta Terpelihara JAKIM © 2008
PENAFIAN
Kerajaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tidak bertanggungjawab atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.