VISI
Mewujudkan
pengurusan Islam yang berkesan di peringkat Persekutuan dan
Negeri.
MISI
Menjadi
sumber rujukan yang berwibawa di bidang akidah, syariah dan
pembangunan ekonomi Islam
OBJEKTIF
Menyediakan
hasil kajian yang berkualiti dan tepat bagi tujuan
perancangan dan pelaksanaan yang berkesan mengenai Islam.
FUNGSI
Menjalankan
hasil kajian dan penyelidikan di bidang akidah, syariah dan
pembangunan ekonomi Islam untuk diperakukan pelaksanaannya
oleh agensi-agensi yang terlibat di peringkat Persekutuan
dan Negeri.
Antara peranan kajian tersebut adalah;
i. Mengkaji masalah-masalah
semasa berkaitan kepentingan masyarakat Islam di Negara ini,
iaitu dalam aspek-aspek berikut:
· Akidah
· Syariah
· Ekonomi dan Pentadbiran
· Sosial
· Falak
ii. Mengkaji untuk
meletakkan agama Islam di tempat yang tinggi dan wajar dalam
konteks penyebarannya di Negara ini;
iii. Mengkaji isu-isu tertentu yang perlu dan sesuai, untuk
memperakukan alternative secara Islam dan selaras dengan
kehendak pembangunan Negara; dan
iv. Menyedia dan menyebarkan maklumat yang sahih dan terkini
mengenai Islam kepada seluruh masyarakat di Negara ini.
PANEL
KAJIAN AKIDAH
Dalam usaha JAKIM mencapai
matlamat memelihara kemurniaan akidah, sebuah Panel
Penasihat telah ditubuhkan pada 20 Mei 1993. Keahliannya
terdiri daripada para ulama, ahli akademik dan wakil
daripada beberapa agensi yang berkaitan. Pada masa ini panel
ini dipengerusikan oleh S.S. Prof. Madya Dr. Mohamad Yusof
Hussain, Mufti Wilayah Persekutuan.
Bidang tugas Panel
berkenaan adalah:
i. Memberi pandangan dan
nasihat dalam perkara berkaitan dengan akidah.
ii. Memperaku tindakan terhadap masalah-masalah yang
dikemukakan kepada panel; dan
iii. Memperaku hasil kajian untuk dibawa ke Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia.
PANEL
KAJIAN SYARIAH
Bagi membantu JAKIM dalam
aspek penyelidikan syariah, sebuah panel penasihat iaitu
Panel Kajian Syariah telah ditubuhkan. Panel ini dianggotai
oleh kalangan ulama, ahli akademik dan pakar dalam bidang
berkaitan. Pada masa ini panel ini dipengerusikan oleh
Sahibus Samahah Dato’ Haji Hassan bin Haji Ahmad, Mufti
Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Bidang Kuasa Panel
adalah:-
i. Mengkaji isu-isu baru
berkaitan hukum yang memerlukan jawapan segera kepada pihak
berkaitan.
ii. Melakukan kajian awal sesuatu isu untuk dibawa ke
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
iii. Menyelesai masalah semasa umat Islam berkaitan hukum
syarak.
JAWATANKUASA
PENAPISAN BAHAN PENERBITAN BERUNSUR ISLAM
Jawatankuasa Penapisan
Bahan Penerbitan Berunsur Islam telah ditubuhkan pada 14
Oktober 1976 atas persetujuan Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Islam Malaysia. Fungsi Jawatankuasa ini untuk memutus
dan memperaku bahan penerbitan yang bercanggah dengan ajaran
Islam.
Antara fungsi Jawatankuasa
ini adalah menjalankan kajian tapisan terhadap bahan-bahan
penerbitan berunsur Islam dalam bentuk media cetak dan juga
audio visual, meliputi penerbitan dari dalam dan luar negara.
Sejak penubuhannya,
Jawatankuasa ini telah memeperaku haram kepada Kementerian
Dalam Negeri (KDN) sebanyak 557 bahan penerbitan berunsur
Islam kerana pelbagai kesalahan. Antaranya adalah mencemar
kesucian akidah Islam, menghina Islam, mempunyai kandungan
yang bercanggah dengan fatwa dan jumhur ulama.
CAWANGAN
AKIDAH
1. Pengenalan Cawangan Akidah
Aspek akidah merupakan fokus
utama aktiviti penyelidikan JAKIM. Ini kerana aspek akidah
merupakan teras kepada pegangan agama seseorang.
Dalam menjalankan fungsi penyelidikan
akidah, JAKIM melaksanakannya berkonsepkan prinsip-prinsip
akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang menjadi dasar dan
pegangan negara Malaysia. Akidah yang selain daripada Ahli
Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak.
2. Konsep penyelidikan akidah
Konsep penyelidikan dalam bidang akidah yang
dilaksanakan oleh JAKIM bertujuan seperti berikut;
·::
Memantapkan akidah ummah
·:: Mengawal
pengaruh ajaran sesat
·::
Membendung diayah agama-agama lain di kalangan umat Islam
3. Penyelewengan akidah dan kemunculan ajaran sesat
Hasil daripada kajian yang dilakukan oleh JAKIM , faktor
utama penyelewengan akidah dan kemunculan ajaran sesat
adalah seperti berikut:
:: ·Tasawuf
Teosofi atau Tasawuf Falsafah
::· Fahaman
Batiniah
::· Syiah
::· Amalan
Khurafat
::·
Menggunakan akal tanpa batas
Manakala bentuk ancaman penyelewengan akidah dan agama
antaranya adalah seperti berikut;
::Mencela
ulama muktabar iaitu dengan mendakwa diri atau kumpulan
mereka mengetahui ilmu hakikat, sedangkan ulama muktabar dan
ulama semasa mengetahui ilmu zahir sahaja. Ilmu zahir bagi
mereka tidak lebih daripada perkara kulit sahaja, perkara
batinlah yang mereka anggap ilmu sebenar
::
Mengubah keilmuan agama dengan cara membuat takwilan atau
seumpamanya dalam agama
::
Kegiatan mereka menyumbang kepada perpecahan umat dan
menghancurkan Islam dari dalam
::
Aktiviti pelampau agama yang membawa perpecahan umat dan
negara
4. Langkah-langkah yang telah diambil oleh JAKIM
Dalam usaha mengatasi masalah tersebut, pihak berkuasa agama
Islam negeri-negeri dan JAKIM telah bekerjasama erat melalui
pelbagai program dan jawatankuasa berkaitan bertujuan
mengembalikan mereka yang telah tersesat kepada akidah yang
sebenar.
Antara usaha yang dilakukan ialah;
::
Mengkaji beberapa konsep yang sering digunapakai dalam
masyarakat bagi tujuan mencari jawapan ilmiah sama ada
bercanggah atau tidak dengan akidah Islamiah seperti konsep
Wahdatul Wujud, Nur Muhammad, Yaqazah, Kasyaf, Ilham,
penggunaan hadis maudhu`, wali serta qutub dan lain-lain
lagi;
:: Menyediakan
pengajaran dan pendidikan Islam secara berterusan di
institusi-institusi pelajaran
formal dan tidak formal.
:: Mentahqiq
kitab-kitab lama yang dikhuatiri mempunyai unsur-unsur
penyelewengan atau yang boleh menyumbang kepada
penyelewengan akidah;
::·Mengadakan
ceramah-ceramah, taklimat, bengkel dan muzakarah;
::·Menerbitkan
buku dan risalah berkaitan akidah; dan
:: Penerangan
melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas
mengenai ajaran salah dalam dalam program anjuran Bahagian
Dakwah dan Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran JAKIM.
Antara
sumbangan Bahagian Penyelidikan
dalam mempertingkat kehidupan umat Islam di negara ini
adalah:-
:: Mengkaji
fahaman akidah kumpulan tertentu bertujuan untuk diwartakan.
Sehingga kini lebih 55 kumpulan ajaran sesat telah difatwa
dan diwartakan. Kumpulan tersebut seperti kumpulan al-Arqam,
Syiah dan golongan Anti-Hadis.
::
Memantau dan memulih akidah mereka yang terlibat dengan
ajaran sesat.
5. Penubuhan Jawatankuasa dan Panel
Bagi
melicinkan usaha-usaha pihak JAKIM menangani isu-isu
berkaitan dengan akidah beberapa jawatankuasa dan panel
telah diwujudkan, antaranya Jawatankuasa Pemandu Menangani
Ajaran Sesat Peringkat Kebangsaan (JAPAS), Jawatankuasa
Penyelarasan Penyelidikan Islam (JAPPIS), Jawatankuasa
Menangani Isu-Isu Semasa Akidah dan Panel Kajian Akidah.
6.
AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN
1.
Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif
atau dikenali juga
sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Ajaran Bahai
54. Al-Ma`unah
55 Ajaran Azhar Wahab
56. Ajaran Hj.Banuar
CAWANGAN
SYARIAH
1. Pengenalan
Cawangan Syariah berfungsi menjalankan kajian dalam aspek-aspek ibadat, muamalat munakahat, sosial dan pembangunan falak.
Permasalahan semasa umat Islam dan kaitannya dengan hukum hakam adalah menjadi fokus utama kajian di Cawangan Syariah. Sumber-sumber rujukan dalam
kajian ini adalah berdasarkan al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qias dan lain-lain. Keanjalan Fiqh Islam dalam menangani persoalan semasa dijadikan
momentum untuk melaksanakan kertas-kertas kajian yang komprehensif sebelum dibentangkan. Hasil-hasil kajian akan dibentangkan dalam Mesyuarat Panel
Kajian Syariah (PKS) atau Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam (JTKI) yang dibentuk untuk dibahas dan dirumuskan. Keputusan PKS atau JTKI dibawa ke
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) untuk mendapat keputusan fatwa.
2.
Objektif
Berusaha menyelaras pembangunan syariah dan hukum
Islam yang seragam dan sistematik.
3.
Fungsi
3.1.
Menjalankan kajian berkaitan isu-isu semasa dalam bidang
syariah untuk dikemukakan kepada Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan.
3.2.
Menilai masalah dan isu-isu semasa yang timbul seterusnya
membuat perakuan bagi mengatasinya.
3.3.
Tempat rujukan tentang hukum dan fatwa yang telah diputuskan
oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
3.4.
Menjalankan program pembangunan falak di Malaysia.
4.
Aktiviti Cawangan Syariah
4.1
Unit Fatwa
a.
Kajian Isu Semasa
:: Kajian dibuat berdasarkan keperluan dan
permintaan daripada agensi, syarikat atau masyarakat yang ingin mengetahui hukum mengenai sesuatu isu. Selain itu isu semasa
yang timbul dalam media massa, seminar dan bengkel juga turut diberi
perhatian
:: Hasil kajian akan dibawa ke PKS dan
seterusnya MJFK.
b. Mesyuarat Panel Kajian Syariah (PKS)
:: Bagi membantu JAKIM dalam aspek penyelidikan
syariah, sebuah panel penasihat iaitu Panel Kajian Syariah telah ditubuhkan bertujuan untuk membincangkan dan menyelesaikan persoalan-persoalan
masyarakat yang berkaitan dengan hukum syarak. Panel ini dianggotai oleh kalangan ulama, ahli akademik dan pakar dalam bidang berkaitan. Pada masa
ini panel ini dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Hassan bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
::
Keputusan Mesyuarat PKS akan dikemukakan ke MJFK yang dianggotai oleh mufti-mufti seluruh Malaysia
c. Kajian Fatwa Negeri-Negeri
:: Mengumpul dan menyelaras seluruh fatwa di
Malaysia
:: Menyebarluaskan fatwa-fatwa tersebut sebagai
bahan rujukan jabatan, agensi dan masyarakat.
d. Kerjasama Penyelidikan JAKIM Dengan IPTA
Menjalinkan kerjkasama erat dengan IPTA dalam bidang penyelidikan isu-isu semasa umat islam melibatkan akidah,syariah dan muamalat..
4.2
Unit Falak
a. Kajian Cerapan Hilal dan Kecerahan Langit
::
Kajian Cerapan Hilal buat di Baitul Hilal Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan bagi mengkaji kriteria kebolehnampakan hilal yang menjadi
asas penentuan awal bulan qamariah MABIMS. Kajian Kecerahan Langit adalah kajian semakan had berakhirnya cahaya mega merah di langit
b. Kajian Analisis Data-Data Kalendar
:: kajian analisis kedudukan bulan bagi penentuan awal bulan qamariah dan diterbitkan dalam bentuk takwim hijriah
c. Kajian Analisis Data-Data Takwim Bagi Penetapan Awal Ramadhan, Syawal dan
Zulhijjah
:: Kajian analisis kedudukan bulan khusus kepada penentuan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah bagi penyelarasan awal
puasa dan hari raya peringkat MABIMS (Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura)
d. Kajian Data-Data Almanak Falak
:: Kajian data-data efemeris matahari dan bulan yang diterbitkan dalam bentuk almanak falak tahunan
e. Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam
::Berperanan mengesahkan hasil-hasil kajian mengenai falak oleh JAKIM dan Ahli Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam.
::Mengemukakan nasihat teknikal ke arah pembangunan falak di Malaysia
Penyelarasan Takwim Hijriah
Mulai
1992, kriteria yang telah dipersetujui oleh negara-negara
anggota MABIMS (Brunei Darussalam, Republik Indonesia,
Malaysia dan Singapura) dalam penyelarasan takwim hijriah
adalah:
“Hilal
dianggap boleh kelihatan dan keesokannya ditetapkan awal
bulan qamariah berikutnya apabila kiraan memenuhi salah satu
syarat-syarat berikut:
·
Ketika matahari terbenam, ketinggian bulan di atas ufuk
tidak kurang daripada 2° dan jarak lengkung bulan-matahari
tidak kurang daripada 3°.
Atau
· Ketika bulan terbenam, umur bulan tidak kurang daripada 8
jam selepas ijtimak berlaku.
Kaedah
ini meliputi semua bulan termasuk bagi penentuan awal puasa
dan hari raya.
Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri-Negeri
Bagi memastikan kriteria yang diterimapakai bagi penentuan
awal bulan qamariah adalah dikaji dari masa ke semasa,
cerapan hilal dilakukan di setiap negeri terutamanya bagi
penentuan awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah. Di peringkat
negeri telah ditubuhkan sebuah jawatankuasa yang dinamakan
Jawatankuasa Induk Melihat Anak Bulan dengan ahli-ahlinya
terdiri daripada:
::· Mufti
Negeri (sebagai pengerusi dan ketua rombongan).
::· Kadi
Besar.
::· Pengarah
Jabatan Ukur Negeri atau wakilnya yang beragama Islam.
::·
Setiausaha Majlis Agama Islam.
::· Seorang
ahli falak.
Keahlian
jawatankuasa berkenaan telah ditambah mengikut keperluan
semasa di negeri masing-masing.
Senarai Tempat Rasmi Melihat Anak Bulan Di Malaysia
Senarai tempat rasmi melihat anak bulan di setiap
negeri adalah seperti berikut:
1 Pontian Kecil, Johor
2 Lot 2227,Kampung Balik Batu,Tanjung Bidara, Melaka
3 Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
4 Bukit Malawati, Kuala Selangor, Selangor
5 Pulau Angsa, Kuala Selangor, Selangor
6 Bukit Jugra, Banting, Selangor
7 Pantai Pasir Panjang , Perak
8 Pantai Acheh, Pulau Pinang
9 Pulau Sayak Kuala Muda, Kedah
10 Pemandangan Indah, Langkawi, Kedah
11 Menara Alor Setar, Kedah
12 Bukit Besar Kuala Terengganu, Terengganu
13 Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu
14 Pulau Perhentian Besut, Terengganu
15 Balai Cerap KUSZA, Merang, Setiu, Terengganu
16 Bukit. Peraksi Pasir Putih, Kelantan
17 Bukit Kg. Tembeling, Kuala Krai, Kelantan
18 Menara Bangunan. SEDC, Kota Bharu, Kelantan
19 Tanjung Lubang, Miri, Sarawak
20 Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
21 Tanjung Batu Bintulu, Sarawak
22 Tanjung Dumpil, Sabah
23 Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
24 Gunung Brincang, Cameron Highland, Pahang
25 Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang
26 Menara Universiti Malaysia Sabah, W.Persekutuan Labuan
27 Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
28 Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis
Perisytiharan Tarikh Melihat Anak Bulan Bagi Penetapan Awal
Ramadhan Dan Hari Raya
Penetapan
tarikh melihat anak bulan dan tarikh awal puasa dan hari
raya yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia
adalah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Malaysia melalui media elektronik menjelang tibanya tarikh
berkenaan.
CAWANGAN KAWALAN MEDIA
Fungsi
Cawangan Tapisan
· Mengkaji dan meneliti buku-buku berunsur Islam
terbitan dalam dan luar negara.
· Membuat perakuan kebenaran masuk buku atau bahan
penerbitan dari luar negara.
· Memperaku kebenaran masuk pendakwah luar negara.
· Sebagai rujukan bagi agensi-agensi kerajaan yang terlibat
dalam bidang penerbitan dan penyiaran.
PROSES PENGESAHAN IMPORT BAHAN PENERBITAN ISLAM
1.
Pengenalan
Manual ini disediakan bertujuan untuk memberi
maklumat dan panduan kepada para pengimport bahan penerbitan
Islam mengenai tatacara permohonan pengesahan kelulusan
import bahan penerbitan Islam dari luar negara.
Jabatan
kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merasakan manual ini
bersesuaian dengan slogan Perkhidmatan Awam iaitu
“Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami” dan slogan JAKIM
“Kualiti Budaya Ummah”.
Manual
ini diharap dapat memberi kefahaman kepada para pengimport
bahan penerbitan Islam mengenai dasar, peraturan dan
tatacara pengurusan permohonan pengesahan kelulusan import
bahan penerbitan Islam yang diamalkan di negara ini.
Kementerian
Dalam Negeri (KDN) merupakan pihak yang berkuasa dalam
meluluskan sesuatu permohonan import bahan-bahan penerbitan
berdasarkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan
1987). Walau bagaimanapun, setiap permohonan import
bahan-bahan penerbitan Islam adalah memerlukan kepada surat
pengesahan daripada JAKIM.
2.
Definisi Pengesahan Import Bahan Penerbitan Islam
2.1.
‘Pengesahan Import’ merupakan surat kebenaran masuk
semua bahan penerbitan Islam.
2.2. ‘Penerbitan’ (Menurut Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan 1984) ditakrifkan sebagai :
2.2.1.
Dokumen, akhbar, buku dan majalah berkala;
2.2.2. Semua bahan bertulis atau bercetak dan segala-galanya
sama ada sifatnya yang serupa dengan bahan bertulis atau
bercetak atau tidak mengandungi apa-apa gambaran yang boleh
dilihat;
2.2.3. Apa-apa jua yang mengikut rupa, bentuknya atau dengan
apa jua cara boleh membayangkan kata-kata atau idea; dan
2.2.4. Rakaman suara iaitu apa-apa bahan yang padanya
direkodkan suara manusia atau muzik instrumental atau
lain-lain bunyi dan termasuklah piring hitam, pita dan ceper
laser.
2.3.
‘Berunsur Islam’ adalah semua bahan penerbitan yang
mempunyai fakta-fakta yang berhubung dengan ajaran Islam dan
yang berkaitan dengannya.
3.
Pengesahan Kelulusan Import Bahan Penerbitan Islam
Ketua
Pengarah JAKIM adalah pihak yang diberi kuasa dalam mengkaji
dan menilai kesemua bahan penerbitan Islam untuk diperakukan,
seterusnya diluluskan oleh KDN.
4.
Dokumen/Maklumat Yang Diperlukan Semasa Mengemukakan Setiap
Permohonan
4.1.
Surat permohonan rasmi daripada syarikat yang mengandungi
maklumat seperti berikut:
4.1.1. Nama syarikat pengimport
4.1.2. Nama syarikat pengirim
4.1.3. Tarikh masuk bahan diimport
4.1.4. Entrypoint (pintu masuk) yang dilalui sama ada
pelabuhan, lapangan terbang dan lain-lain lagi.
4.2. Salinan borang kastam No. 1 Pin. 8/89;
4.3. Senarai bahan penerbitan yang hendak diimport; dan
4.4. Satu salinan bahan penerbitan Islam yang asal bagi
setiap judul sama ada buku, CD, bahan digital dan lain-lain.
5.
Syarat-syarat
5.1. Tidak mengandungi perkara-perkara yang
menyentuh kesucian Islam;
5.2. Tidak mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang
bercanggah dengan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah;
5.3. Tidak mempersendakan dan mempersoalkan kewibawaan
sember-sumber hukum Islam yang utama iaitu al-Quran, Sunnah,
Ijma’ dan qias.
5.4. Tidak bercanggah dengan pegangan Mazhab Ahli Sunnah Wal
Jamaah;
5.5. Tidak bertentangan dengan fatwa atau pendapat jumhur
ulama’;
5.6. Tidak mengandungi unsur-unsur Isra’illiyat, Khurafat
dan kebudayaan karut;
5.7. Tidak menimbulkan keraguan dan kegelisahan awam;
5.8. Tidak mengandungi penulisan ayat-ayat al-Quran dengan
tulisan selain daripada Bahasa Arab;
5.9. Tidak menyalahi fakta-fakta sejarah; dan
5.10. Tidak mengilustrasikan gambar-gambar para nabi,
Sahabat yang empat, malaikat serta memperwatakkan
gambar-gambar tersebut.

MAKLUMAT
DALAM FORMAT PDF(acrobat reader) Yang diharamkan
oleh Jawatankuasa Penapisan & Kementerian dalam Negeri
1. Senarai
Terbitan Melayu Yang Diharamkan
2. Senarai
Terbitan Inggeris Yang Diharamkan
3. Senarai
Kaset /Video BERUNSUR ISLAM Yang diharamkan
Sebarang Kemusykilan dan pertanyaan, sila hubungi alamat
berikut;
Cawangan
Tapisan
Bahagian Penyelidikan
Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok D7, Parcel D,
62502 PUTRAJAYA.
Tel: 03-88864000 Faks : 03-88891993