Profil Jakim

MISI

Mewujudkan Pengurusan Hal Ehwal Islam Yang Cekap dan Berkesan
 

VISI

Peneraju Dalam Membina Ketamadunan Ummah Yang Unggul.

 

MOTO

"BERWIBAWA DAN BERKHIKMAH"

 

OBJEKTIF

  • Memastikan ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat
  • Membentuk kepimpinan yang berwibawa dan melahirkan tenaga pengurusan yang terlatih, berketerampilan, dedikasi dan berhikmah.
  • Menghasilkan sistem pengurusan yang berteraskan nilai dan etika Islam.
     
ETIKA KERJA
  • Bekerja Dengan Keimanan dan Ketakwaan
  • Bekerja Dengan Profesional
  • Bertindak Sebagai Satu Pasukan
  • Bersedia Memimpin dan Dipimpin
  • Berkhidmat Untuk Kebahagiaan Semua
Nilai Bersama
 
Warga Jakim berpegang kepada lima (5) Nilai Bersama dalam melaksanakan misinya kea rah pencapaian visi yang ditetapkan, iaitu :
 
  • JATI DIRI
Mempunyai jati diri yang berjiwa merdeka dalam berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
 
  • AMANAH
Menjalankan tugas dengan penuh iltizam, dedikasi dan rasa tanggungjawab selaras dengan aku janji yang telah diikrarkan.
 
  • KERJASAMA
Menggembeleng tenaga, pengetahuan dan pengalaman melalui semangat kerja berpasukan yang tinggi untuk mencapai visi dan misi organisasi.
 
  • IMAN, IKHLAS, INTEGRITI
Berkhidmat dengan penuh keimanan, keikhlasan dan berintegriti melalui etika kerja yang sistematik, efisien dan konsisten demi menghasilkan impak yang cemerlang.
 
  • MARDHATILLAH
Bekerja berlandaskan prinsip- prinsip syariah ke arah memartabatkan ummah demi mencapai keredhaan Allah SWT.