Program KAFA dan J-QAF Saling Melengkapi

 

Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran Dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) adalah sebuah lembaga yamg diamanahkan oleh Majlis Raja-raja untuk menyelaras program Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) di seluruh negara. Mesyuarat LEPAI kali pertama bagi tahun 2005 telah diadakan pada hari Jumaat, 16 September 2005, jam 9.00 pagi, bertempat di Dewan Syura, Aras 9, JAKIM setelah 5 tahun tidak bersidang.

 

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Yusuf Noor, selaku Pengerusi LEPAI dan dihadiri 20 ahli LEPAI yang lain. Turut Hadir dalam mesyuarat tersebut Haji Sumali bin Amat, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), JAKIM Haji Wan Muhamad bin Haji Abd. Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAKIM dan En. Mohamad Sekeri bin Mamat, Penasihat Undang-Undang, JAKIM.

 

Dalam Mesyuarat tersebut Mohd. Yusuf menjunjung kasih atas perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan atas perlantikan beliau sebagai Pengerusi LEPAI serta mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli yang lain yang bersedia berkhidmat sebagai ahli lembaga.

 

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Allahyarham Tun Mohamed Zahir Ismail, yang telah mempengerusikan LEPAI sejak mula ditubuhkan pada tahun 1983 sehingga akhir hayatnya.

 

Mohd. Yusuf turut memaklumkan bahawa program KAFA dan J-QAF adalah saling lengkap melengkapi kerana program J-QAF dilaksanakan dalam waktu pembelajaran formal dan KAFA di luar waktu pembelajaran. Tan Sri Pengerusi juga memaklumkan berdasarkan kajian MAMPU 1996 dan UPM tahun 2002 telah memperakukan kelas KAFA telah dapat mencapai matlamat penubuhannya dan memberi sumbangan yang besar terhadap penghayatan Islam kepada anak-anak.

 

Sebanyak 5 kertas Mesyuarat telah dibentangkan iaitu :

(a) Kertas mesyuarat Bil 1/1/2005
Tajuk : Taklimat Khas Pelaksanaan Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat.

(b) Kertas Mesyuarat Bil 2/1/2005
Tajuk : Kertas Cadangan Jawatankuasa Sukatan Pelajaran Dan Kurikulum LEPAI

(c) Kertas Mesyuarat Bil 3/1/2005
Tajuk : Kertas Cadangan Jawatankuasa Buku Teks LEPAI

(d) Kertas Mesyuarat Bil 4/1/2005
Tajuk : Kertas Cadangan Jawatankuasa Peperiksaan Dan Persijilan LEPAI

(e) Kertas Mesyuarat Bil 5/1/2005
Kertas Makluman Draf Semakan Garis Panduan Pelaksanaan KAFA 2005.

 

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.15 tengahari dengan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir. Mesyuarat akan datang akan diadakan pada awal tahun 2006, tempat dan tarikh akan ditetapkan kemudian.