Program Kem Ibadah Kanak-Kanak Siri 1/2012 Anjuran Masjid Negara

Jalan Perdana, Kuala Lumpur – Unit Penyelarasan Dakwah dan Ibadah, Masjid Negara dengan kerjasama Syarikat BMQ Training telah menganjurkan Program Kem Ibadah Kanak-Kanak Siri 1/2012 bermula 9 Mac sehingga 11 Mac 2012 di Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

 

Program tiga hari dua malam yang bertemakan “Menggilap Potensi, Mengecap Prestasi” ini disertai kira-kira 156 orang pelajar yang terdiri daripada 88 pelajar lelaki dan 68 orang pelajar perempuan yang berusia antara sembilan tahun hingga berusia 12 tahun.

Antara objekitif utama Program ini dijalankan adalah untuk:

  • Melahirkan peserta dengan akhlak dan sahsiah yang terpuji
  • Menanam rasa kasih sayang peserta kepada Allah S.W.T., ibu bapa dan Negara.
  • Menanam kesedaran dan kefahaman dalam diri peserta dalam mencapai martabat anak soleh dan solehah
  • Mendapat tips-tips bagaiaman menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
  • Melahirkan generasi yang beriman dan teguh dengan jati diri seorang muslim
  • Membangkitkan kesedaran untuk melakukan perubahan positif dalam hidup
  • Membentuk daya tahan dan benteng diri dari gejala sosial
  • Memberi kefahaman akan kepentingan ibadah dalam kehidupan
  • Mendedahkan kaedah solat yang betul dan rahsia di sebalik suruhan Allah S.W.T.

 

Antara pengisian sepanjang Program ini berlangsung ialah:

  • Bengkel

-      Pembinaan Kumpulan Terhebat

-      Membina Matlamat dalam Kehidupan sebagai Remaja Muslim,

-      Persahabatan dalam Islam

-      Pengukuhan Wudhu dan Solat

-      Mengukir Akhlak Meraut Budi

  • Team Building
  • Halaqah
  • Tadarus Al-Quran
  • Solat Berjemaah
  • Beriadah dan treasure hunt
  • Laman Nurani

-      Mengenal Diri Mengenal Allah

-      Kepentingan Ilmu Pengetahuan

-      Jom Kenali Islam

-      Peranan Remaja dalam Memajukan Ummah

 

Semasa Majlis Penutup Program ini yang dirasmikan oleh wakil Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Ustaz Ehsan bin Mohd. Hosni yang juga Penolong Pengarah Kanan, Unit Penyelarasan Dakwah dan Ibadah, Masjid Negara menyatakan bahawa Program ini di rangka khusus bagi membantu kanak-kanak membina kecemerlangan diri menjadi insan yang soleh dan berakhlak mulia di samping meningkatkan motivasi peserta, serta bagi membimbing peserta mengenai tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, ahli masyarakat dan hamba Allah. Beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta yang menyertai Program ini.

 

Program Kem Ibadah Kanak-Kanak Siri 2/2012 akan diadakan sekitar bulan Mei 2012 yang akan datang dan diharapkan Program tersebut akan mendapat perhatian dan sambutan daripada orang ramai terutamanya ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka menyertai Program sebegini.

 


 

 

Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber

MASJID NEGARA, JAKIM

Groups: