Program Pemantapan Ilmu Dan Sahsiah Pelajar

Seramai 120 orang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana telah berjaya mengikuti program Pemantapan Ilmu dan Sahsiah Pelajar anjuran bersama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan pihak sekolah pada 9 hingga 11 Julai 2010.
 
Program yang diadakan selama tiga hari ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya Ice Breaking & Grouping, Tazkirah, Pembentukan Sahsiah Remaja, Kembara Mimpi, Teknik Belajar Cepat, Qiamullail serta solat berjemaah. Selain itu, aktiviti riadah pada sebelah pagi dan petang juga turut diadakan bagi membina kesihatan fizikal peserta.
 
Matlamat program ini adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar hebat akademik dan mulia budi pekerti; serta merangsang minda dan naluri para peserta agar sentiasa meningkatkan ilmu dan mendidik diri untuk belajar dan beribadah bersungguh-sungguh dan sempurna.
 
Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah bertindak sebagai fasilitator manakala guru dan kakitangan masjid sebagai urusetia program. Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh Encik Md. Affindi bin Hj. Sukiran, Penolong Kanan, Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana.

Sesi Taklimat dan Latihan dalam kumpulan.

Program Kembara Mimpi.

Para barisan fasilitator dari Ahli Persatuan Pelajar Kebangsaan Islam Malaysia (PPKIM).

Majlis penutupan disempurnakan oleh Encik Md. Affindi bin Hj. Sukiran; Penolong Kanan, Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana.