Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli POS Sungai Rual, Jeli Kelantan

Jeli, Kelantan- Pada 10 hingga 12 Mei 2012, Bahagian Dakwah Cawangan Dakwah Khas JAKIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), JAKOA, JKM, KESEDAR, IPD JELI, PEJABAT KESIHATAN JELI, JPP, TAKMIR KELANTAN, RELA, JABATAN PENERANGAN, AADK, Sek. Keb. Pos Sg. Rual, PERKIM, YADIM, ABIM & AJK Kg. Sg. Long telah berjaya mengadakan Program Ramah Mesra di Pos Sg. Rual, Jeli, Kelantan.

Program jadi lebih bermakna apabila dengan izin dan hidayah dari ALLAH SWT, PMOA Kelantan telah berjaya mengumpulkan seramai 39 orang penduduk OrangAsli Jeli untuk disyahadahkan bagi memeluk Islam.

Perjalanan program diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato' Hj. Othman Bin Mustapha ( Ketua Pengarah Jakim ), Wakil Pemangku Setiausaha Agung Kehormat PERKIM bagi menyampaikan ucapan aluan dan program itu rasmikan oleh YB. Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri merangkap Ahli Parlimen Jeli, Kelantan.

Program pula dimuatkan dengan aktiviti-aktiviti yang cukup menyeronokkan seperti gotong-royong bersama penduduk kampung membersih surau dan kawasan sekitarnya, pertandingan sepak takraw, pertandingan perkara asas fardhu ain, persembahan kebudayaan Islam, ceramah tranformasi minda serta pameran AADK dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Objektif program adalah untuk merapatkan hubungan di antara pihak Cawangan Dakwah Khas, Bahagian Dakwah JAKIM dengan pelbagai jabatan dan NGO's serta mendengar amanat yang disampaikan oleh YB. Menteri dan KP JAKIM. Disamping itu dapat beramah mesra bersama penduduk Pos Sg. Rual, Jeli, Kelantan.

Selain itu matlamat asal program ini adalah untuk menghabiskan saki baki Orang Asli Pos Sg. Rual yang masih belum memeluk Islam. Justeru, dengan hasil berkat kerjasama semua pihak, apa yang dicita dan dihajati telah dimakbulkan oleh ALLAH SWT. Bermula pada tanggal 12 Mei 2012 seluruh Masyarakat Orang Asli Pos Sg. Rual telah memeluk Islam. Di mana majlis pengislaman itu dipimpin oleh YB. Menteri sendiri dan diiringi oleh YBhg. Dato' KP JAKIM serta PERKIM dan disaksikan oleh pelbagai agensi.

Secara ringkasnya, pihak JAKIM sentiasa memberi ruang dan peluang kepada pelbagai pihak dalam seia dan sekata seiiring berjalan dalam memartabatkan ISLAM dan melebarkan dakwah Islamiyyah ke segenap pelusok kota dan desa. Dalam erti kata lain, seiring dan bukannya bersaing, moga redha ALLAH diraih bersama.

 

 

Ketibaan YB. Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed disambut oleh PMOA Negeri Kelantan serta penduduk kampung.

 

YB Menteri sedang memimpin Orang Asli Sg. Rual melafazkan dua kalimah syahadah.

 

Bacaan doa selepas selesai menyempurnakan acara syahadah kepada seramai 39 Orang Asli yang baru memeluk Islam.

 

 

 

Ucapan Aluan oleh wakil Tok Batin; En.Jamal semasa majlis perasmian penutup.

 

Ucapan Aluan YBhg. Dato' Hj. Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ucapan Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB. Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri merangkap Ahli Parlimen Jeli, Kelantan.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan kumpulan Nur Band yang terdiri dari kalangan penduduk Orang Asli Negeri Kelantan

Penyampaian hamper kepada penduduk kampung Orang Asli Sg. Rual, Jeli, Kelantan