Program Ramah Mesra Korban Bersama Masyarakat Orang Asli Daerah Sepang 1431H

Bersempena dengan Raya Korban pada tahun ini, Cawangan Dakwah Bukan Islam dan Orang Asli, Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) telah mengadakan Program Ramah Mesra Korban Bersama Masyarakat Orang Asli Daerah Sepang di Kg. Orang Asli di Kampung Orang Asli Sg. Melut, Sepang, Selangor yang telah berlangsung pada 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431H.
 
Majlis yang dihadiri oleh masyarakat Orang Asli sekitar Sepang itu diadakan sempena ketibaan Hari Raya Idul Adha 1431H. Program tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz; Ketua Pengarah JAKIM. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Y.Bhg. Tn. Hj. Abdul Halid bin Sintol; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM, Pegawai-Pegawai JAKIM serta Pegawai agensi yang berkaitan.
 
Antara agensi yang turut terlibat adalah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Daerah Sepang (JHEOA), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Unit Pembangunan Insan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang (BPI PAID).
 
Dalam majlis berkenaan, Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah Jakim turut menyampaikan agihan daging korban kepada para penduduk kampung.
 
Program ini juga diharap dapat meningkatkan hubungan silaturrahim sesama penduduk setempat di samping juga dapat memperlihatkan keindahan Islam yang sebenar kepada penduduk setempat. Ini diharapkan dapat menanamkan rasa cinta, kasih para peserta terhadap baginda Rasulullah S.A.W dan memahami sejarah pengorbanan nabi-nabi terdahulu serta perjuangan dan dakwah baginda S.A.W.
 

Solat Raya Idul Adha 1431H bersama masyarakat orang asli.

Orang asli OKU juga turut serta gotong-royong korban.

Ucapan perasmian oleh Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah JAKIM.

Penyampaian agihan daging korban oleh Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah JAKIM.

Cenderahati kepada Tok Batin Kg. Orang Asli Sg. Melut; En. Mat Ajin bin Waya.

Antara tetamu yang hadir.

Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah beramah mesra bersama orang asli.

  
Sebahagian barisan urusetia yang bertungkus lumus menjayakan program.