Projek Pembinaan ILIM Fasa II Dijangka Siap Lebih Awal
<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM, Haji Sumali Bin Amat telah membuat lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Fasa II, di Bangi, Selangor pada 19 Jun 2006.
Lawatan ini turut disertai ahli-ahli Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Dengan Agensi Pelaksana Berhubung Projek-Projek Pembangunan JAKIM / JAWI Bil 2 / 2006 yang mewakili Jabatan Perdana Menteri, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain agensi kerajaan.
Tujuan lawatan adalah untuk melihat kemajuan perlaksanaan projek dengan lebih dekat. Projek pembinaan blok Bangunan Akademik, Asrama Tambahan (100 bilik), kuarters 31 unit dan kemudahan riadah luaran serta landskap mempunyai kemajuan mendahului jadual yang memberangsangkan. Prestasi fizikal mengikut jadual 47 % manakala prestasi fizikal sebenar 55.83 %.

Pihak pengurusan JAKIM berhasrat untuk mengetahui teknik serta perancangan projek ini supaya corak implimentasinya dapat digunapakai bagi projek-projek JAKIM / JAWI di dalam RMK – 9.
Semasa lawatan, Haji Sumali telah diberi taklimat mengenai latar belakang perlaksanaan projek, jadual Lengkok S Fizikal Projek dan Kewangan, Perancangan Projek serta masalah luaran di dalam Projek seperti kenaikan kos bahan dan cuaca.
Diantara faktor kejayaan Syarikat Jaya Haricon Sdn. Bhd adalah kekuatan di dalam pengurusan dan perancangan syarikat tersebut. Memandangkan projek ini merupakan projek Reka dan Bina (Design and Build) kontraktor telah mengambil pendekatan konsep perancangan mendahului jadual dengan mengambil kira semua kemungkinan yang mampu menggugat perjalanan projek. Disamping mempunyai kumpulan kerja yang berkemahiran serta berkemampuan, Syarikat ini juga menggunakan sistem pemantauan melalui CCTV.
Haji Sumali turut menyentuh isu rekabentuk bangunan di mana menjadi punya utama kos membaik pulih yang tinggi. Wakil Syarikat Jaya Haricon menjelaskan kepada hadirin bahawa rekabentuk bangunan ILIM Fasa II dibuat dengan mendapatkan pandangan dari pelbagai pihak termasuk ahli akademik yang pakar dalam sosio ekonomik. Di dalam reka bentuk bangunan faktor kemanusiaan amat dititik beratkan.
Diakhir sesi taklimat, Haji Sumali mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menghadiri lawatan serta wakil Syarikat Jaya Haricon Sdn. Bhd.




- Hits : 1815







