Pusat Latihan Dakwah JAKIM di Keningau Akan Mengambil Lebih Ramai Pelajar Lelaki

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Pusat Latihan Dakwah Keningau, <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Sabah, salah sebuah pusat latihan di bawah JAKIM perlu mengambil lebih ramai pelajar lelaki. Ini adalah kerana kurangnya bilangan pelajar lelaki yang menjalani kursus dakwah di pusat tersebut. Begitulah saranan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, Haji Sumali bin Amat, ketika membuat kunjungan ke pusat latihan tersebut pada 25 Ogos 2006 yang lalu.

Mengikut beliau lagi, kemudahan sedia ada seperti asrama dan bilik kuliah di pusat latihan itu, cukup untuk menampung penambahan bilangan pelajar lelaki. Dengan cara ini pelaksanaan aktiviti dakwah di kalangan pendakwah lelaki di Negeri Sabah dapat dipertingkatkan lagi.

Saranan penambahan pengambil pelajar lelaki di Pusat Latihan Dakwah Keningau ini telah dipersetujui oleh pihak Pengurusan Tertinggi JAKIM. Pihak pengurusan juga telah bersetuju dengan cadangan supaya beberapa bentuk insentif akan ditawarkan untuk menarik lebih ramai calon pelajar lelaki untuk mengikuti kursus di pusat latihan tersebut.

Semasa berada di Pusat Latihan Dakwah Keningau, Haji Sumali telah mengadakan pertemuan dengan pegawai dan kakitangan pusat tersebut untuk membincangkan isu-isu yang dihadapi. Pertemuan juga diadakan dengan pelajar-pelajar yang ada. Salah satu isu besar yang perlu penyelesaian segera ialah masalah bekalan air di pusat latihan tersebut yang sering terganggu. Dari lawatan yang dibuat di sekitar pusat latihan menunjukkan masalah ini boleh diatasi dengan memperbesarkan kapasiti tangki air yang sedia ada. Haji Sumali telah mengarahkan Unit Pembangunan JAKIM untuk mengambil tindakan lanjut untuk mengatasi masalah ini.