RAMADHAN DAN SYAWAL GAMIT MEMORI
<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />
Ramadhan dan Syawal Gamit Memori: Suka Duka di Bulan Mulia
Hampir setahun telah berlalu, bulan Ramadhan dan Syawal kini muncul kembali. Kesayuan dan ketenangan di bulan Ramadhan dan kesyahduan dipagi Syawal sentiasa meninggalkan kesan mendalam yang tidak dapat dilupakan, lebih-lebih lagi jika ada cerita di sebaliknya. Oleh itu, pada keluaran kali ini CAHAYA telah berkesempatan menemu ramah beberapa orang remaja di sebuah Pusat Perlindungan akhlak di pingggir Kuala Lumpur bagi menyingkap kisah suka duka kehidupan mereka lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan dan Syawal. Biarpun ada di antaranya telah berlaku, namun setiap kali bulan Ramadhan dan Syawal tiba, peristiwa tersebut pasti akan terkenang kembali. Ikuti kisah mereka, yang baik kita jadikan sempadan dan yang buruk dijadikan sebagai teladan dalam hidup kita ini.
ISU 1 : Puasa dan Hari Raya di Pusat Perlindungan
“Sedih, hampa dan pasrah..itulah perasaan yang sering bermain-main dalam emosi Rin. Sudah dua kali dia terpaksa menyambut kedatangan Ramadan dan Syawal tanpa keluarga di sisi. Namun dia akur dengan kesilapan yang bukan dia lakukan dan dia pasrah dengan suratan dan ketentuan ilahi”
Benci? Mmm…memang Rin benci dengan lelaki itu. Rin anggap lelaki itu seperti ayah kandung sendiri. Orang ramai tidak akan percaya lelaki itulah yang telah menghitamkan masa depannya dan menyebabkan hidup seperti dalam neraka, kerana dari pandangan mata kasar lelaki yang dipanggil ayah itu dilihat baik dengan anak-anaknya dan jirannya”ujar Rin geram.
Ayah Tiri
“Rin tinggal bersama ibu dan ayah tiri selepas ayah kandung meninggal dunia. Ketika itu Rin berusia 10 tahun. Rin mempunyai tujuh orang adik-beradik. Tiga beradik kandung dan empat adik-beradik tiri. Kami tinggal di kawasan rumah setinggan sekitar <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />
Rin menyayangi ibunya, kerana Rin tahu betapa susahnya ibunya bekerja untuk memberi makan dirinya dan adik-adiknya. Rin juga menyayangi ayah tirinya yang dianggap seperti ayah kandung.
“Rin tidak pernah menyangka akan dinodai oleh ayah tiri, Rin sayangkan ayah tiri macam ayah kandung sendiri tetapi Rin tidak menyangka orangyang dia sangka baik itu telah menodai dirinya banyak kali sehingga beberapa tahun , semenjak usia Rin 14 tahun lagi, Rin tidak tahu hendak buat apa, mungkin kerana Rin tidak ada ilmu langsung kerana tidak pernah bersekolah, perkara ini berlaku berterusan terutama ketika ibu tidak ada di rumah.
“Rin tiada kawan, jadi Rin tidak boleh nak mengadu kepada sesiapa. Rin pun pendamkan sahaja perkara ini untuk beberapa tahun”
Ayah bersumpah dengan al-Quran
“Apabila Rin dah berusia 19 tahun, Rin sudah tidak tahan lagi dengan keadaan itu. Perasaan Rin memberontak, Rin seolah-olah menjadi pemuas nafsu ayah dan layak digelar hamba seks untuk lelaki syaitan itu. Rin mengadu pada mak. Mak sungguh terkejut dan marah sungguh kepada ayah, tetapi ayah pandai memujuk mak, dan ayah menafikan dia melakukannya sambil bersumpah dengan al-Quran, mak pun percaya kata-kata ayah, sehingga suatu hari mak terserempak dengan perlakuan ayah terhadap Rin” . Mak marah tetapi satu kelemahan dia makan pujukan ayah. Rin berkeras kepada mak supaya membuat laporan polis tetapi dia enggan kerana tidak mahu suaminya menerima hukuman dan anak-anaknya tidak berayah”
“Rin sungguh tertekan dengan keadaan itu.Sikap emak yang tidak ambil peduli juga menyebabkan Rin terus tawar hati untuk tinggal di rumah itu, lebih-lebih lagi sentiasa terasa tidak selamat dengan perbuatan bapa tiri. Seolah-olah emaknya merestui perkara itu terus berlaku”
Berlindung di Pusat Perlindungan
“Pada masa itu Rin telah bekerja di gerai orang lain, kerana ada adik-adik yang membantu emak dan ayah di gerai juga untuk menambah pendapatan”. Di gerai inilah dia mesra dengan tuan punya warung sehingga sangat rapat. “dengan makcik gerai itulah Rin cerita fasal masalah Rin, Mak Cik sangat terkejut, dan dia serta-merta kata Rin mesti tinggalkan rumah untuk selamat, Rin pada mulanya menolak kerana kasihan dengan ibu dan nak bantu ibu walaupun dalam hati Rin amat benci dengan ayah, tetapi setelah berbincang dan diberi maklumat oleh mak cik tentang pusat perlindungan , Rin terbuka hati untuk ke sana”
Lari dari Rumah
“Mak tidak tahu Rin telah pergi ke pusat perlindungan dengan mak cik, sampai sekarang Rin terputus hibungan dengan mak, Cuma Rin masih berhubung dengan adik melalui surat, adik juga tidak tahu di mana Rin berada, Rin cuma beritahu adik supaya beritahu mak bahawa Rin selamat dan Rin berada di tempat perlindungan, Rin tidak mahu mak susah hati, walaupun Rin tahu mak tidak begitu peduli, Rin sengaja tidak mahu memberitahu dimana Rin berada kerana Rin mahu tenang di sini dan ingin belajar ilmu agama dan ilmu lain dengan tenang, di sini Rin ada kawan-kawan yang mengalami nasib yang serupa untuk berbincang dan juga dibimbing oleh kaunselor, di sini banyak kes remaja mengandung luar nikah, kes seperti Rin sumbang muhram, dan dirogol oleh rakan. Cuma Rin tetap bersyukur kerana tidak hamil disebabkan perbuatan ayah tiri”
Ramadan dan Syawal
“Sudah dua kali Rin sambut Ramdhan dan Syawal tanpa ibu dan adik-adik, Rin memang rindukan mereka, tetapi keadaan tidak mengizinkan untuk bertemu. Namun Rin betul-betul bersyukur kerana dapat berlindung di rumah perlindungan ini, ramai kawan-kawan dan orang yang membantu memulihkan semangat Rin untuk hidup”
“Selepas ini Rin akan sambung belajar di IB dalam bidang jahitan lepas tu hendak buka kedai jahit, selepas berjaya Rin akan bantu ibu dan adik-adik. Rin tidak tahu sampai bila Rin akan menghilangkan diri dari ibu dan adik, Rin sangat rindu berjumpa dengan ibu dan adik tetapi Rin benci untuk melihat bapa tiri, situasinya sukar, biarlah masa dan keadaan yang menentukan “ ujar Rin sayu.
Isu 2: Cinta Remaja
“Semua orang pernah melakukan kesilapan dalam hidup. Memang Nina bersalah, tetapi lelaki itu juga bersalah, Namun masyarakat hanya nampak kesalahan Nina, lebih-lebih lagi bila perut mula memboyot”
“Kesal?...memang Nina kesal sangat dengan apa yang telah terjadi, walau apa pun nasi telah menjadi bubur. Apa yang Nina mampu lakukan sekarang ialah bertaubat atas segala keterlanjuran Nina suatu ketika dahulu” itulah jawapan yang lahir di bibir gadis itu apabila ditanya tentang perasaannya di kala ini.
Perkenalan
Nina adalah mangsa kerakusan seorang lelaki. Tanpa kerelaan, dirinya telah hancur dikerjakan oleh teman lelakinya.
“Nina mengenali Boy di sebuah pusat membeli belah terkenal. Masa Nina bekerja. Pada pandngan Nina, Boy seorang yang baik. Nina jatuh hati dengan penampilannya,” cerita Nina mengimbas memori perkenalannya dengan jejaka yang telah meragut mahkota berharga milik dirinya.
Semakin Intim
“Selepas perkenalan itu, kami kerap berhubung. Pantang ada masa lapang kami pasti bersama. Biasanya kami akan pergi menonton wayang atau pergi makan-makan. Hubungan kami berjalan selama 6 bulan. Pada suatu malam Nina dan Boy keluar makan bersama. Selepas makan jam menunjukkan lebih pukul 10.00 malam.Tiba-tiba Nina rasa pening kepala yang amat sangat sampai tidak sedar diri. Nina sedar paginya Nina telah berada di rumah sewa Boy, Nina tanya apa yang telah berlaku malam tadi? Boy hanya mengatakan Nina pening dan tidak sedarkan diri” jelas Nina mengimbas peristiwa hitam itu.
“Dalam hati Nina dapat rasakan sesuatu yang buruk telah dilakukan oleh Boy pada diri Nina malam itu ” ujar Nina kesal.
Disahkan hamil Bulan Ramadhan
“Hubungan kami tetap berjalan seperti biasa. Selepas malam Nina tidur rumah Boy itu dua bulan haid Nina tidak datang, Nina mula risau, sah hamil . Masa disahkan hamil betul-betul bulan Ramadhan tahun lepas, Nina minta penjelasan Boy tentang apa yang berlaku pada malam itu, Boy mengaku dia telah meniduri Nina tanpa rela Nina dan juga mengaku telah meletakkan sejenis pil dalam minuman Nina. Nina sedih sangat dengan pengakuan itu dan minta Boy bertanggungjawab. Boy enggan malah dia menyuruh Nina menggugurkan kandungan itu. Nina enggan menurut kemahuan Boy. Selepas itu hubungan Nina dengan Boy renggang dan Boy terus menghilangkan diri tanpa pesan”jelas Nina.
Berlindung Dipusat perlindungan
“Mak dan ayah tahu perkara ini. Mereka sangat marah sampai nak bunuh Nina. Nina dibawa oleh kakak kerumah perlindungan khusus untuk remaja yang bermasalah seperti Nina ini.. Di sini Nina belajar ilmu agama dan berkongsi masalah dengan rakan-rakan yang senasib dengan Nina. Nina baru sahaja melahirkan bayi . Bayi Nina telah diserahkan kepada keluarga angkat. Semua urusan dibuat oleh pusat perlindungan ini. Nina tidak mampu membesarkan bayi itu, kerana keadaan tidak mengizinkan. Nina juga tidak mahu bayi itu merasa malu kerana dilahirkan kedunia tanpa seorang ayah. Biarlah dia tidak kenal siapa ibu dan ayahnya yang sebenar. Harapan Nina, mereka akan menjaga anak Nina seperti anak sendiri”
Bertaubat
“Nina sangat-sangat kesal dengan apa yang telah berlaku. Sehingga kini Boy masih tidak berhubung dengan Nina, lagi pun Nina tidak mengharapkan akan berjumpa dengan dia kembali. Biarlah Nina bina hidup Nina semula, Nina trauma dengan lelaki sekarang. Nina ingin lupakan memori hitam yang pernah mewarnai hidup Nina ini. Ramadhan dan Syawal kali ini Nina akan sambut di pusat perlindungan ini. Kakak mungkin akan datang jenguk Nina, tapi mak dan ayah tidak mungkin rasanya kerana mereka masih marahkan Nina. Nasihat Nina pada remaja di luar
Isu 3 : KAWAN BAIK
“Tina betul-betul tidak menyangka kawan baik Tina sanggup bersubahat untuk menghancurkan masa depan Tina”
“Tina dibesarkan di
Berkenalan
“Tina berkenalan dengan TJ ketika belajar di kolej yang sama . Ana yang perkenalkan.TJ o.k lah macam remaja lain juga, happy go lucky dan bersihlah dari dadah dan rokok. Pertama kali Tina kenal TJ, Tina rasa o.k lah. Kami kawan biasa sahaja. Makin lama hubungan kami makin rapat, Tina baru nak mula suka dengan TJ”.
“Kami selalu keluar bersama, tetapi ramai-ramai, tapi ada pasangan masing-masinglah. Biasanya kami pergi makan-makan, lepak-lepak lepas habis study dan kadang-kadang tengok wayang. Sepanjang kenal TJ, dia tidaklah menunjukkan dia lelaki miang ke, apa ke”. Jelas Tina tentang TJ teman lelakinya.
Bercuti di Genting
“Tina diajak oleh Ana bercuti di Genting Highland . Kami pergi ramai-ramai, 6 orang semuanya. Tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan.’couple’. Tina ada minta izin mak dan ayah, mereka izinkan dengan syarat balik cepat. Sampai di GH, kami berseronoklah,
“Malam tu satu couple duduk satu bilik dan Tina duduk di bilik Ana dengan couple dia dan teman lelaki Tina sekali, memanglah salah duduk satu bilik campur lelaki perempuan, tapi terpaksalah..”,malam itu kami borak-boraklah sampai larut malam dan tiba pada satu saat kepala Tina berat sangat macam hendak pecah, Tina tidak tahu kenapa. Sedar keesokan harinya kepala masih berat, tapi dah o.k sikit.badan rasa sakit-sakit. Tina anggap tidak ada apa-apa yang berlaku. Tapi Tina nampak kawan lelaki Tina semacam aje. Kami berkemas kemudian balik.”
Hamil
“Balik dari GH , pergi kolej macam biasa. Tapi Tina tengok TJ ada perubahan, dia seperti sembunyi sesuatu. Paling memeranajtkan dia ajak Tina kahwin. Tina tidak hendaklah sebab masih belajar. Puas dia pujuk Tina tetap tidak mahu, hinggalah 2 bulan kemudian Tina sah hamil. Tina syak TJ dan rakan baik Tina buat kerja. Tina
Puasa Dan Raya di Pusat Perlindungan
“Ayah marah sangat apabila Tina disahkan hamil. Mereka yang hantar Tina ke sini, di sini Tina belajar macam-macam, agama dan kemahiran, Tina rasa seronok di sini, rasa macam selamat sangat, mak dan ayah kerap juga datang melawat, Tina baru sahaja melahirkan anak lelaki bulan Ogos 2006. Anak itu telah diserahkan pada keluarga angkat. Sedih memang sedih, tapi nak buat macam mana, keadaan memaksa anak Tina diserahkan pada keluarga angkat, Tina harap dia dapat membesar dengan sempurna” Ujar Tina sambil menitiskan air mata, mungkin teringat anaknya.
“Puasa dan Hari Raya Aidilfitri Tina sambut di sini. Emak dan ayah mungkin datang menziarahi Tina . Perkara ini semua tidak akan Tina lupakan dan ia merupakan pengajaran berharga yang tidak ternilai” sambung Tina sayu.
Nasihat Untuk Remaja
“Tina harap remaja di luar
- Hits : 2784







