Ramadhan Yang Tersirat

Ramadhan  Yang Tersirat<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

 

Ramadhan Menjelma lagi

Bulan rahmat , bulan maghfirah

Hidup mereka indah

Hidup kami kesah

 

Ramadhan menjelma lagi

Bulan Berkat Penuh Kebaikan

Hari kami penuh dengan kesalan

Hari mereka penuh dengan keriangan

 

Ramadhan menjelma lagi

Doa Diterima,Dosa diampunkan

Hati kami  gelisah

Hati mereka meriah

 

Ramadhan Menjelma lagi

Amalan di tingkatkan dengan pahala berganda

Wajah kami Mendung tak bermaya

Wajah mereka bersinar ceria

 

Ramadhan Menjelma lagi

Malamnya ada Lailatul qadar

Puasa kami letih dan lesu

Puasa mereka indah dan syahdu

 

 

Ramadhan Menjelma lagi

Lailatul qadar penuh keindahan

Malam kami gelap gelita

Malam mereka indah bercahaya

 

 

Ramadhan berlalu Syawal Menanti

 Ramadhan pergi, Aidilfitri menanti

Riang gembira hati kami

Hati mereka berduka melihat Ramadhan pergi

 

Ramadhan berlalu Syawal Menanti

Aidil fitri hari kemenangan bagi mukmin sejati

AidilFiti  mereka bersih dan suci  

Aidil fitri kami penuh debu kekalahan

 

Untunglah mereka

Rugilah Kami

Selamat Tinggal Ramadhan

Ahlan Wasahlan Syawal

 

Ramadhan akan datang adakah  milik kami?.

 

Nukilan: Shah Putra