REMAJA MERDEKA: BERSIH DARI GEJALA SOSIAL,(Wawancara khas dengan Puan Ramlah Yong, Pengarah KESUMA JAKIM))CAHAYA Ogos 2006,

Fokus Utama<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Wartawan : Haslinda Lukman

Foto: Jamal Ibrahim

REMAJA MERDEKA : BERSIH DARI GEJALA SOSIAL

SINOPSIS

Seks bebas, lari dari rumah, buang bayi, mengedar dan menagih dadah, alkohol, ponteng sekolah, mengugut, menubuhkan kumpulan haram. Kesemua yang disebutkan tadi hanyalah sebahagian dari permasalahan sosial di kalangan remaja kita. Ini adalah ciri-ciri remaja yang tidak merdeka. Siapakah yang bersalah?

Remaja adalah seorang manusia yang berusia antara 14-21 tahun. Pada usia tersebut mereka sangat naif terhadap apa-apa perkara , mereka selalu ingin mencuba semua yang ada di dunia ini tanpa memikirkan akibatnya di masa yang akan datang.

Masalah sosial memang hebat dibincangkan di mana-mana sahaja di dunia ini dan kini lebih hebat dibincangkan dari masa kesemasa di <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Malaysia sendiri. Bukan sahaja masalah ini terjadi di negara membangun tetapi di negara maju dan juga dunia ketiga. Remaja masa kini hiduppenuh dengan cabaran demi kemajuan dan kemodenan sehingga mereka kini hidup dengan penuh kebebasan. Kebebasan remaja kini tiada terbatas lagi hingga berlaku pelbagai masalah sosial di kalangan mereka yang bergelar remaja.

Permasalahan sosial di kalangan remaja masa kini amat membimbangkan banyak pihak terutama sekali golongan ibu bapa dan golongan pendidik. Adakah keruntuhan akhlak remaja ini berlaku seiring dengan pembangunan negara dan kemajuan teknologi? Adakah akhlak remaja semakin jatuh dan bagaikan tidak dapat dibendung lagi?

Persoalan ini akandikupas oleh CAHAYA menerusi wawancara eksklusif bersama Puan RAMLAH YONG, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Masjid (KESUMA) JAKIM. Ikuti wawancara dengan beliau.

<?xml:namespace prefix = v ns = "urn:schemas-microsoft-com:vml" />

“..ringkasnya remaja merdeka ialah remaja yang bebas dari perkara yang tidak baik dan pandai berdikari…”

CHY:Apayang dimaksudkan remaja Merdeka?

RY:Sebelum saya huraikan tentang remaja merdeka, elok kita tinjau apa maksud merdeka itu sendiri. Apabila kita selak dalam kamus Dewan Bahasa ‘ merdeka’ bermaksud bebas, lepas, berdiri sendiri dan tidak bergantung dengan orang lain.. Jadi boleh dikatakan secara ringkasnya remaja merdeka ialah remaja yang bebas tetapi bukan bebas yang terbabas, lepas , dan berdiri sendiri iaitu tidak terlalu bergantung pada orang lain.

CHY: Apakah ciri-ciri remaja merdeka?

RY: Untuk menjawab soalan ini, kita lihat semula definisi di atas, bolehlah dihuraikan secara ringkas bahawa ciri-ciri remaja merdeka antaranya sebagaimana di bawah:

Bebas dan lepas

Remaja Merdeka adalah remaja yang ‘bebas’ dan ‘lepas’. ‘Bebas’ dan ‘lepas’ di sini bermaksud bahawa remaja itu bebas fikiran mereka dari jajahan unsur-unsur negatif di mana mereka dapat membezakan antara buruk dan baik sesuatu perkara. Remaja Islam khususnya akan kenal Allah dan Rasul serta mengamalkan cara hidup yang sihat Mereka tidak mudah terpengaruh dengan budaya atau idea korup seperti budaya barat yang lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan, pelanggaran akidah Islam seperti mencintai muzik berat hingga membawa kepada sikap tidak bertuhan seperti kumpulan Black Metal, berpeleseran , dan berbuat maksiat hingga menyebabkan kes remaja mengandung semakin meningkat implikasinya berlaku pengguguran haram dan buang bayi.

Bebas dari Sikap Buruk

Remaja merdeka ialah mereka yang bebas dari sikap atau sifat-sifat buruk sepertipanas baran, dendam dan ingin menunjukkan kuasa yang akhir sering membawa kepada pergaduhan yang dahsyat, kes buli yang sering kita dengar hingga membawa kepada kematian contohnya baru-baru ini yang berlaku kepada pelajar di sekolah berasrama dan ketika dalam kem PLKN.

”…panas baran dan dendammembawa kepada kematian dan cedera parah…”

Remaja Berdikari Dan Berpersonaliti Baik

Remaja merdeka juga boleh dirujuk sebagai remaja yang berdiri atas kakinya sendiri iaitu remaja itu tidak seratus bergantung pada ibu bapa atau orang lain. Biasanya remaja begini akan bersemangat dalam apa juga yang dilakukan, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang diimpikannya tanpa banyak kerenah. Biasanya remaja yang suka berdikariini mempunyai pakej lengkap iaitu mempunyai personaliti yang menarik iaitu biasanya dalam dirinya lebih banyak sifat positif yang tertanam atau hidup subur dalam dirinya seperti sifat suka membantu orang lain, berusaha bersungguh-sungguh, menyayangi diri sendiri, ibu bapa, dan masyarakat, tidak mementingkan diri sendiri, bersikap prihatindan peka dengan persekitaran, serta bersih dari perlakuan buruk .

CHY:.Apakah Remaja kita kini telah merdeka?

RY:Perkara ini sukar sedikit hendak diukur, atau seolah kita menghukum remaja, Melihat kepada sekeliling kita remaja kita masih belum merdeka sepenuhnya, mereka masih memerlukan bimbingan dari semua pihak secara berterusan untuk menjadi remaja merdeka dan cemerlang dalam hidup.

CHY: Apakah punca permasalahan ini atau punca remaja kita sering dikaitkan gejala sosial buruk ?

”..kurang kasih sayang,tiada pendidikan agama,persekitaran juga jadi punca…”

RY:Punca Permasalahan

Penyakit ini sebenarnya sudah lama bertapak di negara kita. Ia disebabkan oleh banyak faktor,antaranya adalah suasana persekitaran yang berubah secara mendadak terutamanya dengan pengaruh media massa dan elektronik yang saban hari memaparkan tentang eksploitasi terhadap wanita dan kebebasan remaja yang keterlaluan yang banyak mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama yang baru meningkat remaja. Dengan kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin mencuba, desakan atau pengaruh dari rakan sebaya ini semua sebab terjadinya masalah sosial yang kian sukar dibendung lagi.

Masalah sosial yang melanda remaja pada masa kini terjadi daripada beberapa faktor. Antaranya selain dari yang diberikan di atas merupakan pengaruh atau ugutan daripada rakan sebaya, kekurangan ilmu bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar dan mempunyai sikap ingin mencuba sesuatu yang tidak baik dan juga sebab seperti di bawah:

RY: Globalisasi /Kebebasan

Globalisasi sebenarnya tidak bermaksud kebebasan yang tidak ada batasnya, tetapi bermaksud kebebasan setiap manusia untuk menunjukkan seluruh potensinya sehingga dapat membawanya perubahan yang bererti baik pada diri sendiri mahupun orang lain.

Dalam era globalisasi ini banyak sekali berlaku pengekploitasian terhadap segala sesuatu iaitu ilmu pengetahuan sampai hal-hal yang bersifat pornografi yang membahayakan mental generasi muda kita. Remaja mudah terpengaruh terhadap perkara baru dan trendy misalnya mewarna rambut, memakai anting-anting atau tattoo bahkan sampai kepada hal-hal yang sangat serius iaitu pengambilan minuman keras, narkotik dan pergaulan bebas yang menjurus kepada free sex (seks bebas) yang giat dilakukan oleh remaja.

RY: Modenisasi

Globalisasi bergerak seiringan dengan modenisasi. Salah satu alasan utama yang menjurus kepada masalah jenayah di kalangan remaja adalah disebabkan oleh proses modenisasi ini. Dalam dunia yang serba moden ini, masyarakat yang inginkan kemewahan menjadi semakin individualistik dan materialistik.

Sesetengah masyarakat moden tidak lagi menerima suratan takdir. Mereka mempercayai bahawa usaha mereka boleh membawa kebaikan. Jika di banding dengan masyarakat tradisional, masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi. Mereka mahukan prestij, gaji tinggi dan barang-barang mewah. Masyarakat moden tidak lagi menganggap saudara-mara mereka dan jiran mereka sebagai kelompok rujukan. Mereka mempunyai hubungan yang luas,di luar batasan sosial dan fizikal. Bagi mereka terdapat beberapa adat resam tradisional yang sudah tidak diamalkan lagi dalam masyarakat moden.

RY:Media Massa / Internet

Dewasa ini, media massamemainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja. Melalui teknologiyang semakincanggih ini, golongan remaja mudah terdedah kepada banyak maklumat termasuk bahan yang tidak sesuai yang boleh mendatangkan bahaya jika digunakan tanpa panduan daripada golongan dewasa.

Golongan pelajar lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen.

Selain daripada video cakera padat (VCD), bahan-bahan pornografi juga mudah didapati melalui internet yang sukar dibuat tapisan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, ibu bapa seharusnya membimbing dan memberi tunjuk ajar supaya remaja ini mendapat panduanyang betul.

RY: Ideologi Kebebasan Bertingkah Laku

Kebebasan bertingkah laku di negara Barat telah banyak membawa akibat yang buruk dalam masyarakat mereka. Apakah kita sepatutnya mencontohi mereka? Adakah semua yang dibawa Barat baik? Rancangan Barat yang berunsur realiti banyak memperlihatkan adegan yang tidak selaras dengan kebudayaan Timur.

Rancangan televisyen pastinya mengghairahkan remaja kerana memaparkan adegan-adegan yang menjolok matadan kadang-kadang unsur-unsur seks yang melampau serta cara hidup yang serba pincang. contohnya filem-filem Barat yang di tayang di televisyen, lebih-lebih lagi bagi siaran yang berbayar.

Rancangan televisyen sebegini seolah-olah memberikan satu fahaman bahawa orang ramai boleh mengadakan seks rambang selagi tidak ada pencabulan hak dan kebebasan di antara dua pihak. Budaya seperti inilah yang mendedahkan remaja kepada penyakit-penyakit kelamin yang berbahaya.

RY:Pakaian Dan Kes Rogol

Anak-anak muda kini diajak menjadi golongan yang berfikiran terbuka. Malangnya, minda mereka dicemar oleh konsepsi kehidupan yang membawa kepada kecelaruan. Zaman ini perempuan Melayu Islam yang memakai mini skirt, seluar pendek atau memadankan tubuh dengan bikini dan bertanding dalam peraduan ratu cantik di khayalak ramai tidak dianggap sebagai pesalah. Golongan wanita muda yang berpakaian menjolok mata tidak dapat menerima pendapat bahawa merekalah yang memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan pencabulan kehormatan.

(remaja dan pakaian)

RY: Dunia Cinta Remaja

Perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Sekiranya perasaan ini tidak dikawal atau dibendung sudah tentu ia akan membawa kepada masalah sosial. Isu terkini benarkah remaja kini banyak terlibat dalam aktiviti seks bebas? Mereka bercinta dan melakukan hubungan seks serentak demi cinta sejati.

Remaja lelaki dan perempuan masa kini menghadapi masalah sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya. Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidak percaya akan cinta kepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan golongan manusia yang rugi. Islam sendiri menggalakkan umatnya saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina, bangsa dan agama.

Mungkin ada cara untuk menangani masalah percintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan atau bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh Islam yang diantaranya adalah mengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan sebagainya.

cinta yang tak terkawal boleh membawa kepada masalah yang lebih buruk…”

RY: Mengisi Masa Lapang Remaja

Penggunaan untuk mengisi waktu lapang bagi remaja sering diabaikan. Kerap kita berjumpa dengan remaja-remaja yang masih memakai pakaian seragam sekolah berkeliaran di pusat membeli belah atau ‘melepak’ di tepi jalan. Kegiatan semacam ini dirasakan kurang bermanfaat dan dapat menimbulkan berbagai masalah sosial, seperti mengganggu ketenteraman.

Pelajar yang sibuk dan menyukai kesibukan, biasanya memiliki masa lapang yang terbatas. Mereka kurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurang terarah, akan mendesak remaja melakukan aktiviti atau kegiatan yang kurang terarah seperti perbuatan negatif.

Oleh itu perlu diingat aktiviti apa saja yang dipilih oleh seseorang, khususnya remaja, sebagai pengisi masa lapang tidak harus dipandang remeh oleh ahli keluarga.