Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Putrajaya - 14 November - Bahagian Perancangan & Penyelidikan JAKIM telah menjalinkan hubungan strategik bersama Pertubuhan Perunding Latihan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

YBrs. Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof, Presiden TAMRIN bersama Encik Shamsudin Kadir, Timbalan Presiden TAMRIN bersama Ahli Jawatankuasa TAMRIN telah berkunjung ke Bahagian Perancangan & Penyelidikan JAKIM.

Pertemuan yang dipengerusikan YBrs. Dr. Abdul Ghafar bin Surip, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Syariah telah membincangkan beberapa perkara berkaitan perundingan latihan dan motivasi.

Semoga usaha jalinan kerjasama ini akan terus memperkukuhkan hubungan strategik yang sedia terjalin antara JAKIM dan pihak TAMRIN.
 
tamrin 01
 
tamrin 02
 
tamrin 03
 
tamrin 04
 
tamrin 05