Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Melaka telah mengadakan Persidangan Ketua Pegawai Falak Malaysia 2019 pada 24 April 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Fatimah,Seri Negeri, Melaka. Persidangan tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan dan ahli persidangan terdiri daripada Ketua Pegawai Falak Seluruh Malaysia.

Sebanyak 4 kertas cadangan dan makluman dibentang oleh perwakilan termasuk Cadangan Penggubalan Pelan Pembangunan Falak Malaysia yang dibentang oleh YBrs. Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan, JAKIM.

Persidangan ini adalah satu platform kepada Ketua Pegawai Falak membuat penyelarasan dan memantapkan pengurusan hal ehwal falak di Negara ini.
 
Persidangan Ketua Pegawai Falak Malaysia 2019 1
 
Persidangan Ketua Pegawai Falak Malaysia 2019 2
 
Persidangan Ketua Pegawai Falak Malaysia 2019 3
 
Persidangan Ketua Pegawai Falak Malaysia 2019 4