Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Kompleks Islam Putrajaya, 13 Mac 2020 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa Dan Hari Raya Serta Penyelarasan Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1441H / 2020M bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 9, Blok A, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff; Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM dan dihadiri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Pengarah Kanan dan Ketua-Ketua Penolong Pengarah JAKIM, Pengarah Ukur Bahagian Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Timbalan Mufti dan Pegawai-Pegawai Falak Seluruh Malaysia.

Ahli mesyuarat telah berbincang, menganalisis dan mengesahkan data bagi penentuan awal Ramadan, Syawal & Zulhijjah 1441H/2020, Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa seluruh Malaysia dan menyelaras serta menyelesaikan isu-isu falak. Keputusan-keputusan yang dihasilkan akan memberi panduan kepada masyarakat Islam di Malaysia menjalani ibadat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa 2020 1
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa 2020 2
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa 2020 3
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa 2020 4
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa 2020 5
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa 2020 6
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa 2020 7
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa 2020 8
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa 2020 9