Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

Bahagian Penyelarasan Undang-undang (BPUU) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menganjurkan Bengkel Semakan Kompilasi Kertas Kerja Seminar dan Konvensyen Perundangan Syariah selama tiga hari bermula pada 7 hingga 9 Februari 2018 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.

Bengkel ini telah dihadiri oleh Tuan Aziz bin Hj Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-undang serta pegawai dan kakitangan BPUU. Turut hadir dalam bengkel ini ialah Ustazah Siti Zuraima binti Bujang, daripada Bahagian Penerbitan, JAKIM yang merupakan Pakar Penulisan Bahasa Melayu.

Antara objektif bengkel ini ialah :

i. Menyemak dan mengedit semula hasil penulisan yang telah dibentangkan dalam seminar dan konvensyen yang telah dilaksanakan pada tahun 2014, 2015 dan 2016.

ii.Penulisan dan kertas kerja yang disemak akan dijadikan buku kompilasi untuk diterbitkan pada tahun 2018 agar menjadi koleksi rujukan kepada pengamal perundangan, ahli akademik dan pelajar.

Sepanjang program berlangsung sebanyak sembilan kertas kerja telah berjaya disemak dan diedit oleh ahli panel semakan yang telah dilantik. Setelah bertungkus lumus dan berusaha gigih, bengkel ini telah berjaya dilaksanakan serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. InsyaAllah Buku Kompilasi Kertas Kerja Undang-Undang Syariah Siri I bakal diterbitkan tidak lama lagi.

bengkel kompilasi 1

 

bengkel kompilasi 2

 

bengkel kompilasi 3