Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
Sebanyak RM60 ribu peruntukan dari Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM-YWM akan disalurkan kepada mangsa banjir di negeri Johor. YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini telah membuat pelepasan pasukan Musa’adah Bantuan Bencana Alam Pasca Banjir Ke Negeri Johor.

Program ini adalah kerjasama JAKIM, Jabatan Waqaf Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Waqaf Malaysia, Kerajaan Negeri Johor, Agensi Pengurusan Bencana Negeri dan lain-lain pihak yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang yang terdiri daripada syarikat-syarikat korporat mahupun orang perseorangan yang telah menyumbang ke Tabung Musa’adah Covid19 JAKIM- Yayasan Waqaf Malaysia.

Orang ramai dan syarikat-syarikat korporat diseru dan dirayu untuk terus menyumbang ke Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM-YWM No. Akaun 86-0221818-6 (CIMB Islamic Bank Berhad) atas nama : Yayasan Waqaf Malaysia bagi menghadapi gelombang ketiga pandemik Covid-19 dan musim tengkujuh yang melanda beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan terkini Sabah.

RM60 Ribu Bantuan Musaadah Mangsa Banjir Johor 1

RM60 Ribu Bantuan Musaadah Mangsa Banjir Johor 2

RM60 Ribu Bantuan Musaadah Mangsa Banjir Johor 3

RM60 Ribu Bantuan Musaadah Mangsa Banjir Johor 4