Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah, Unit Komunikasi Korporat
I-MaqSD Pengukuran Saintifik Pengaplikasian 5 Prinsip Maqasid Syariah Dalam Agensi Agama Persekutuan

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini telah melancarkan I-MaqSD yang merupakan inisiatif baharu yang dirangka sebagai satu kaedah untuk mengukur secara saintifik tahap pengaplikasian 5 prinsip Maqasid Syariah dalam pelaksanaan fungsi agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Ia juga dintegrasikan dengan 17 Matlamat Agenda 2030 Sustainable Development Goals (SDGs).

I-MaqSD dibangunkan oleh JAKIM bagi merealisasikan konsep Maqasid Syariah dalam pemikiran strategik, kepimpinan dan tadbir urus sejajar dengan hala tuju dasar Manhaj Rabbani yang diumumkan oleh YB Menteri sewaktu berucap menyampaikan Amanat 2021 sempena Majlis Perhimpunan Agensi Agama Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung secara maya pagi ini.

Pelaksanaan I-MaqSD menggunakan kaedah penyelidikan Mix Method iaitu kuantitatif dan kualitatif, melibatkanenam (6) bidang utama dan 29 indikator yang berkai tsecara langsung dengan fungsi setiap agensi. Bidang-bidang tersebut ialah :
  1. Perundangan Dan Kehakiman Syariah
  2. Pendidikan Dan Pembangunan Insan
  3. Sosio Ekonomi Ummah
  4. Dakwah Dan Media
  5. Institusi Masjid
  6. Kepimpinan Dan Tadbir Urus

Pelancaran i MaqSD Oleh YB Menteri 1

Pelancaran i MaqSD Oleh YB Menteri 2

Pelancaran i MaqSD Oleh YB Menteri 3