Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan Salam Sejahtera.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t dan selawat serta salam ke atas Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga dan Sahabat Baginda seluruhnya.

Pembangunan sesebuah negara adalah dipacu berasaskan sistem nilai, amalan dan pemikiran. Menyedari hakikat ini Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah membangunkan Maqasid Syariah berfungsi sebagai teras dan kerangka asas dalam tadbir urus negara yang inklusif dan progresif.Aplikasi Maqasid Syariah menekankan kepentingan pemeliharaan agama, nyawa, akal,keturunan dan harta bagi mencapai kemaslahatan dalam kehidupan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah dalam Titah Baginda sempena istiadat pembukaan Parlimen penggal ketiga pada 18 Mei 2020 telah menggariskan agar pentadbiran negara dipacu oleh prinsip Maqasid Syariah.

Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan melalui strategi 3P iaitu penjelasan,pembudayaan dan pengukuhan. Kaedah penjelasan dan pembudayaan dilaksanakan melalui jalinan strategik antara Jakim dan agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Pendekatan ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan menyebarkan kepada awam berkenaan prinsip yang terkandung dalam Maqasid Syariah yang menjadi tunjang pentadbiran negara.

Melalui strategi yang diwujudkan, pemahaman terhadap prinsip Maqasid Syariah yang diterapkan dalam dasar-dasar tadbir urus negara.

Adalah diharapkan melalui perancangan serta pelaksanaan program-program Bahagian Maqasid Syariah dapat memberi input yang bermanfaat kepada masyarakat berkenaan konsep Maqasid Syariah dan pelaksanaannya dalam konteks tadbir urus negara.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Maqasid Syariah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)