Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan Salam Sejahtera.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t dan selawat serta salam ke atas Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga dan Sahabat Baginda seluruhnya.

Penyelidikan dan pembangunan (R&D) memainkan peranan yang penting dalam membina ketamadunan sesebuah negara dan organisasi. Menyedari hakikat ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah membangun dan menggerakkan fungsi penyelidikan berasaskan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, merentas pelbagai bidang dan disiplin ilmu, iaitu akidah dan pemikiran, syariah dan fiqh kontemporari, al-Quran dan al-Hadith, muamalat, falak dan media. Hasil daripada penyelidikan yang dilaksanakan ini, diharap dapat menjadi panduan dan rujukan kepada seluruh masyarakat serta menjadi input penting kepada kerajaan dalam membangunkan dasar dan garis panduan bagi memartabatkan syiar Islam dan mencapai kemaslahatan dalam kehidupan dan pembangunan negara.

Adalah diharapkan melalui perancangan serta penyelidikan yang strategik, khazanah ilmu-ilmu Islam dapat dibugar dan disuburkan dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan dan membangunkan inisiatif-inisiatif baharu berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.

Sekian, terima kasih.


Pengarah Kanan
Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)