Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Putrajaya, 18 Februari 2021 – Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Wacana Pakar Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah yang disertai oleh 60 peserta dari Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri.

YBhg. Dato’ Yusaini Amer bin Abdul Karim, Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara telah mengupas Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) secara terperinci khususnya darihal perbicaraan dan penghakiman di Mahkamah Syariah. Beliau turut berkongsi pengalaman berkaitan prosiding di mahkamah sivil sebagai perbandingan dan nilai tambah yang sesuai diaplikasikan di Mahkamah Syariah.

Wacana ini merupakan salah satu inisiatif JAKIM yang diadakan secara berkala untuk mempertingkat kemahiran profesionalisme para Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie dan menyelaras pelaksanaan undang-undang/ enakmen/ ordinan yang berkuatkuasa di negara ini.

Turut serta dalam wacana ini ialah YBrs. Tuan Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah BPPPS, JAKIM, Ketua-ketua Penguatkuasa Agama dan Ketua-ketua Pendakwa Syarie Negeri.

Wacana Pakar Undang Undang Tatacara Jenayah Syariah 1
Wacana Pakar Undang Undang Tatacara Jenayah Syariah 2
Wacana Pakar Undang Undang Tatacara Jenayah Syariah 3