Rumah Kebajikan Teratak Fitrah Dilawati Para Mufti dan Jawatankuasa
<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />
Sempena Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-87 yang telah diadakan di Negeri Sabah pada 23 hingga 25 Jun 2009 yang lalu, para Mufti dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah dibawa melawat Rumah Kebajikan Teratak Fitrah, iaitu Rumah Perlindungan dan Penempatan Saudara Kita yang terletak di Jalan Kurol Melangi, Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Rumah Kebajikan Teratak Fitrah ini dikendalikan oleh sebuah NGO Islam iaitu Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT).
Lawatan yang dianjurkan oleh JAKIM Cawangan Sabah bersama Pejabat Mufti Negeri Sabah ini disambut mesra oleh En. Abu Bakar bin Ongkosing, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT). Dalam ucapan mengalu-alukan kehadiran para mufti dan rombongan tersebut, beliau melahirkan rasa syukur dan bangga di atas keprihatinan para mufti terhadap saudara baru di Sabah. Turut hadir semasa lawatan ialah Y.Bhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd. Aziz, Ketua Pengarah JAKIM .
Sempena lawatan tersebut, salah seorang daripada Saudara Kita telah melafazkan dua kalimah syahadah. Majlis melafaz syahadah tersebut telah disempurnakan oleh S.S. Dato’ Hassan bin Haji Ahmad, Mufti Pulau Pinang dan tazkirah ringkas oleh S.S. Dr. Juanda bin Jaya, Mufti Perlis telah diadakan.





Salah seorang Saudara Baru yang melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan S.S. Mufti




- Hits : 2465







