Salam Sahur Kasih Ramadhan di Dar Assaadah, Kuala Lumpur
Seramai 53 orang penghuni Dar Assaadah bersama Pengerusi Jawatan kuasa Pusat Perlindungan tersebut, Datuk Mohamad S. Ahmad serta Pengetua, Ustazah Aspalela sedia menanti rombongan Juruhebah Radio Malaysia JAKIM Salamfm dan pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam yang diketuai oleh YBhg. Dato' Hj. Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim bersama-sama Timbalan Ketua Pengarah (PI); Tuan Haji Razali Shahabudin dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Media; Tuan Haji Ismail Noor seawal jam 1.00 pagi bagi menjayakan program anjuran JAKIM menerusi Salamfm yang merupakan destinasi kedua selepas Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf Assolihin, Kanchong Darat, Banting yang diadakan pada 24 Julai 2012.
Turut sama dalam rombongan lebih 50 orang ini ialah Pengarah JAWI; YBhg. Dato' Hj Che Mat Che Ali dan juga Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Dr. Muhammad Yamin Bin Ismail serta wakil-wakil NGO's sepeti Islamic Aid Malaysia dan Majlis Madrasah India Muslim Malaysia (MIM).
Program Salam Sahur memberi peluang kepada penghuni Pusat untuk mengenali lebih dekat stesen radio Salamfm yang beroperasi mulai jam 11.00 malam hingga 8.00pagi setiap hari dengan pengisian rancangan-rancangan Agama yang menarik . Pada program tersebut, penghuni diberi peluang ke udara secara langsung menerusi siaran Radio Malaysia JAKIM Salamfm.
Sebelum itu, Ustaz Nabil Ahmad yang juga Juruhebah Salamfm telah menarik perhatian semua yang hadir dengan ceramah 'spontan' beliau. Turut bersama memberi dorongan dan semangat kepada penghuni ialah juruhebah-juruhebah seperti Pak Ngah, Mariani, Ust Rahman Daud, Naim Nadri, Azmal Azrul serta Shahir Bakqie yang juga merupakan Penerbit bersama Penerbit Penyelaras, Mohd Shah A. Kadir.
Program diakhiri dengan sahur bersama penghuni serta Ketua Pengarah JAKIM kira -kira jam 3.00 pagi yang disediakan oleh SHASIMA Sdn. Bhd dan sebelum itu penyerahan bantuan pek makanan oleh Islamic Aid Malaysia (IAM) dan juga barang-barang keperluan lain sumbangan JAKIM yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Othman bin Mustapha.
Semoga Program Salam Sahur seterusnya di 3 lokasi lain iaitu di Madrasah Manbaul Ulum, Segambut pada 3 Ogos, Darul Izzah , Bangi, 7 Ogos dan Maahad Tahfiz, Sg Buaya, Rawang pada 10 Ogos 2012 akan berjalan lancar, insyaallah...
Disediakan oleh :
En Mohd Shah Kadir (Penyelaras Program)








Tarikh:
Aug 07, 2012   - Hits : 1272







