Sambutan Hari Guru KAFA Peringkat Negeri Sabah Meriah

 
Ranggu Highland Village, Tawau sekali lagi menjadi destinasi pilihan Jakim Cawangan Sabah. Pada 17 Jun 2012, selepas program anjuran Unit Dakwah, Unit KAFA pula telah berjaya melaksanakan Majlis Sambutan Hari Guru KAFA Peringkat Negeri Sabah bagi Tahun 2012. Program ini adalah julung kali diadakan bagi jabatan ini. Ia telah melibatkan penyertaan seramai 250 orang yang terdiri daripada guru KAFA terpilih, Pengerusi KAFA Daerah yang cemerlang dan masyarakat awam.
 
Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk melahirkan guru KAFA yang berkarisma dan berdidikasi dalam melaksanakan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Seterusnya bagi melahirkan guru yang kreatif dan inovatif dalam tugas walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan ketidaklengkapan infrastruktur untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Yang terakhir adalah untuk mengiktiraf serta menghargai guru yang telah memberikan sumbangan kepada KAFA khususnya dan umat Islam amnya.
 
Antara pengisian menarik yang berlangsung ketika majlis berkenaan ialah sesi ceramah oleh Tuan Haji Mahamad Nasir Bin Desa, Ahli Biro Undang-Undang MAIWP yang bertajuk Pendidikan Islam Di Sabah dan Undang-Undang Berkaitan, alunan zikir Asmaul Husna, lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Guru Malaysia, seterusnya penyampaian anugerah dan sijil. Turut hadir ialah YB. Dato’ Sri Haji Nasir Bin Tun Haji Sakaran, Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Ybhg. Haji Mohamad Nordin Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jakim dan Ybhg. Tuan Haji Ahmad Zaki Bin Haji Arsad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah.
 
Majlis perasmian dan penyampaian sijil kecemerlangan kepada guru dan pengerusi KAFA daerah yang cemerlang telah disempurnakan sendiri oleh  YB. Dato’ Sri Haji Nasir Bin Tun Haji Sakaran. Beliau amat berharap agar majlis penghargaan seumpama ini dapat menjadi motivasi dan diteruskan pada masa akan datang.
 
 
Penceramah Undangan, Tuan Haji Mahamad Nasir Bin Disa
 
 
Salah seorang peserta mengajukan soalan kepada penceramah
 
 
Antara yang hadir sempena Majlis Sambutan Hari Guru KAFA Negeri Sabah 2012
 
 
 Barisan Tetamu Kehormat
 
 
 Ybhg. Haji Mohamad Nordin Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jakim
 
 
Ucapan perasmian oleh YB. Dato' Sri Haji Nasir Bin Tun Haji Sakaran,
Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah
 
 
YB. Dato' Sri Haji Nasir sedang menyampaikan anugerah
 
 
Antara yang menerima Anugerah Guru KAFA Cemerlang