Sambutan Hari Raya Aidilfitri Darul Quran Meriah
5 September 2012 - Kemeriahan sambutan 1 Syawal di desa bersama keluarga dan sanak saudara masih segar dan bermain di minda serta menggamit kenangan warga Darul Quran apabila menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan hari ini.
Tuan Haji Paimuzi bin Yahya di dalam ucapannya telah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah bersungguh-sungguh menjayakan majlis tersebut.
“Saya mengambil kesempatan untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang telah sudi menaja hidangan sempena majlis ini. Antaranya sumbangan daripada Koperasi Darul Quran, Persatuan kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz (Perkemat), Azra Catering, KZ enterprise dan lain-lain.” tambah beliau lagi.
Menurut beliau lagi hidangan yang terhidang merupakan hasil `air tangan` warga Darul Quran yang sejak semalam telah bertungkus lumus menyediakan menu-menu istimewa antaranya Gulai Kawah, Lemang Bakar, Rendang dan lain-lain.
Kemeriahan sambutan pada tahun ini tambah meriah apabila 2 ekor lembu dan 3 ekor kambing telah ditumbangkan hasil kerjasama erat kakitangan dan para pelajar Darul Quran.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh En. Tuan Haji Nor hisham Bin Ahmad Dahlan,Tuan Pegawai Daerah Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Kubu Bharu, wakil-wakil Jabatan-jabatan Kerajaan sekitar Kuala Kubu Bharu dan warga Darul Quran Jakim.











• Lagi koleksi foto pada majlis ini boleh dilihat DI SINI
Foto: Muktasyaf Ibrahim AnNamir.
- Hits : 1080







